Gotong-royong Menyediakan Bubur Lambok

Selepas program jamuan berbuka puasa anjuran AJK Surau, esoknya pada hari Ahad 26 Jun 2016 aktiviti diteruskan dengan penyediaan bubur lambok. Aktiviti dimulakan dengan bergotong-royong bermula 11 pagi di surau . Alhamdulillah ramai warga TJI yang sama-sama datang menolong dan bergotong-royong menyediakan bubur lambok hinggalah kepada membungkus dan edaran kepada penduduk warga TJI.

Banyak jugak hari, hampir 500 bungkus, kita sedekahkan kepada IPD Jawi dalam 100 bungkus dan selebihnya utk penduduk taman. Cukup meria.... Tahniah semua yang menjayakan aktivi bubur lambuk tahun ni. Rasa, memang marvelous, terbaek. Jom kita tengok gambar dari lensa kamera yang sempat diambil.






0 comments:

Post a Comment