Showing posts with label Berita TJI. Show all posts
Showing posts with label Berita TJI. Show all posts

Projek Pembangunan Lantai belakang Surau Bermula

Hari ni 9 Ogos 2016 bermula lah projek membina lantai bahagian belakang Surau Al-Mustaqim, memberi keselesaan kepada muslimat untuk solat dan menjalankan aktiviti. Dikhabarkan pada solat Raya Aidilfitri tahun ni, jemaah melimpah terutamanya kaum hawa, sampai tak cukup tempat. Alhamdulillah pihak surau telah merancang untuk menambah ruang kepada muslimat untuk solat, makan dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Peruntukkan ini sebahagiannya adalah dari YB kita dan sebahagiannya lagi adalah dari sumbangan tuan-tuan semua. Sumbangan dana ini masih dibuka dan jika tuan-tuan ingin menambah amal jariah, boleh lah bank-in di no. akaun tertera atau terus hubungi AJK untuk sumbangan. Bagi yang dah memberi sumbangan, moga Allah murahkan rezeki tuan puan semua dan memberi keberkatan.





Terima kasih semua

Ramadhan Al-Mubarak datang lagi


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua penduduk Taman Jawi Indah dan seluruh Ummat Islam, moga Ramadhan kali ini dapat tarbiah diri & mendapat keampunan dari Allah SWT.

Gotong-royong Sambut Ramadhan Al-Mubarak 2015

Terima kasih kepada penduduk TJI yang turun sama-sama kita bergotong-royong pada Ahad baru ni, 7 Jun 2015 anjuran Surau TJI, KRT dan JKKK Changkat Dain. Semangat macam ni yang kita mau, bersama-sama membersihkan taman kita. Terima kasih juga kepada yang sponser makan pagi dan tengah hari, memang sempoi. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Jom kita tengok gambar gotong-royong yang sempat diambil.








Terima kasih

Peti Air Kena Pecah

Untuk makluman semua, peti air depan kedai dobi Taman Jawi Indah kena pecah. Kejadian berlaku pagi tadi (mungkin 3-5 pagi). Semua duit dalam mesin itu telah berjaya diambil.


Angin Kencang di Taman Jawi Indah!

Pada 19 Februari 2011, hari Sabtu, sekitar jam 4 ke 5 petang, angin kencang, hujan dan ribut petir telah melanda penduduk TJI. Banyak jugak harta, peralanatan yang musnah. Antara yang rosak adalah, khemah gerai roti canai En.Jamal kita, terbang ditiup angin. Bumbung rumah En.Johar terangkat (beberapa keping jubin) ditiup angin, dan yang paling tragis lagi pokok mata kucing yang sedang rancak berbuah telah tercabut akarnya dan terbalik. Baru pagi Sabtu tu penulis dok sebut, nak makan buah mata kucing tu, letak jala kat buah tu takut burung makan, petang dah tercabut akarnya. Orang kata tak der rejki kan, nak buat macam mana. Cermin sliding door rumah belakang EnJohar turut pecah. Memang kuat angin petang tu. Selain itu, gerai di dataran jawi juga turut musnah, bumbung terhempap menyembah bumi. Tak berniaga nasi lemak la depa. Sekitar jam 5.40 ptg, kami pergi membuat tinjauan ke rumah yang dilanda kerosakan dan terima kasih kepada Abg. Din kita yang sempat ambil gambar kerosakan yang berlaku.
Anggaran kerugian rasanya sekitar RM5000. Tak pernah angin kuat melanda TJI selama duduk kat sini, ini baru first time.

Jom kita tengok gambar yang sempat dirakam.


Gerai En.Jamal terbang ketepi dan parking betul-betul depan pagar rumahnya.



Lihat anak panah bumbung terbang dan tingkap pecah.



Lokasi sebenar gerai roti canai saudara Jamal





Pokok mata kucing saudara Johar yang tercabut akarnya dan tumbang menghempap bumi. Nasib baik tak timpa basikal tu.


















Bumbang gerai nasi lemak di Dataran Jawi jatuh ke bumi akibat ditiup angin kencang.

Semoga Allah memelihara kita dari bahaya dan bencana seperti ini, aminnnn....

Gerai En.Jamal tak der susah penulis nak minum pagi sebelum nak kayuh basikal ni, he..he..

Antara RM1.50 dan 80 Sen

Kalau anda diberi pilihan, harga mee antara RM1.50 dengan 80 sen sebungkus, mana satu yang anda pilih? Rasanya dah tentu anda pilih yang 80 sen, sebab lebih murah dan menjimatkan. Tahukah anda, menjimatkan sahaja tidak cukup kerana belum tentu barang yang dibeli itu adalah baik.
Jadi betulkah tindakan anda itu?


Saya rasa terpanggil untuk menulis sedikit mengenai mee yang dibuat oleh cina dan mee yang dibuat oleh orang Islam. Merujuk kepada lokasi Jawi ni sendiri, mee yang dijual di kedai Ismail (kedai sayur sebelah B.Rakyat)tu harganya adalah RM1.50 sebungkus manakala di EconSave jauh lebih murah ialaitu hanya 80 sen jer sebungkus.

Mengapa begitu jauh sangat harganya, adakah disebabkan oleh EconSave boleh ambil banyak (1 kontena) menyebabkan boleh jual murah, atau macam mana?

Ketahuilah saudara ku semua, bahawa mee yang dijual di EconSave itu adalah mee buatan orang bukan Islam (cina) dan mee yang dijual di kedai Ismail itu adalah mee buatan orang Islam.

Adakah anda sanggup makan mee buatan orang bukan islam hanya kerana harganya murah, atau macam mana. Mee buatan orang bukan islam memang nampak cantik licin, kuning berkilat, tahan lama dll. Mengapa ia nampak macam tu? Kerana ia telah diletakkan sejenis asid yang boleh jadikan mee itu tahan lebih lama. DAN asid itu boleh memberi kemudaratan kepada orang yang memakannya.

Berbeza dengan mee buatan orang islam, tidak licin sangat, tidak berapa berklat dan tidak tahan lama, tetapi ia selamat dimakan kerana tiada asid yang boleh memudaratkan kesihatan.

Jadi, lepas ni, penduduk sekitar Jawi, belilah mee buatan orang Islam, walaupun mahal sedikit tetapi ia selamat untuk dimakan, sambil membantu ekonomi ummah. Begitu juga kepada anda yang berada ditempat-tempat lain, hati-hati ketika membeli mee.

Adakah anda telah tersedar dari lena?

Sumbangan Persekolahan JKKK Adun Sg.Bakap


Pada Ahad 26 Didember 2010, Adun Sg.Bakap telah menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan sempena sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi. Sumbangan itu berupa beg sekolah kepada kanak-kanak penduduk Taman Jawi Indah. Ini sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa menanggung kos persekolahan anak mereka.

































Terima kasih