Majlis Berbuka Puasa Anjuran AJK Surau

Bagi memeriahkan lagi Ramadhan kali ini, seperti biasa majlis berbukan puasa anjuran AJK diadakan pada 25 Jun 2016, selepas pada petangnya program memberi sumbangan kepada warga penduduk TJI. Program seperti memang mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk TJI, ramai yg hadir utk sama-sama berbuka dan mengeratkan silaturahim sesama kita. Sebelah pagi kita dah sama gotong-royong potong bawang, potong cabai, memasak. 

Maka magrib time untuk menikmati hidangan. Pada mulanya menu nasi briani kambing, tapi tak jadi, dari kambing tukar jadi ayam. Tapi cef kita tuan Zahit dan konco-konco menge terbaik, makanan memang marvelous. Terima kasih kepada semua yang menjayakan dan memeriahkan suasana. Jom kita tgk lensa kamera yang sempat dirakam.


memang meriah, makan secara santai

Tuan Zahit dok sekodeng ja sapa nak kaih nasik dia dlm talam tu...

Ramai sampai tak cukup tempat

Amin melayan ayahandanya berbuka

Makan bertalam macam ni memang best

Tambah jangan tak tambah

Makan kurma dulu, lepas magrib baru pekena nasi briani

Kanak2 pun ramai, muslimat pun ramai


0 comments:

Post a Comment