Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Nak Pencen Umur 56, 58 atau 60 tahun?

Bagi anda yang bekerja di jabatan kerajaan, sekarang ni mungkin tengah sibuk mengira kenaikan gaji, berapa ratus gaji naik bila SBPA dilaksanakan nanti bermula 1 Januari 2012. Masing-masing dengan gred gaji masing, dok congak naik berapa ratus. Mungkin banyak mungkin sikit gaji kita bila bandingkan dengan SSM dan SBPA.
Tak apa lah, mungkin anda tengah dok baca kontrak yang telah dikeluarkan. Pastikan anda baca dengan teliti sebelum menurunkan tandatangan. Anda ada masa untuk fikir dari 20 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011 sebelum sign.  Fikir la masak-masak...

Apa yang saya nampak, jika anda sebelum ini seorang pekerja yang rajin, dedikasi, komited maka sign jer untuk ambil skim SBPA. Tapi kalau anda seorang yg mungkin ada masalah, contohnya markah kurang baik, 60 atau 70, maka rasanya anda fikir masak-masak sebelum sign agreement tu.

Lagi satu jangan lupa, jangan dok asyik tengok gaji naik berapa jer, semak juga skim pencen, sama ada anda nak pencen 56, 58 atau 60 tahun. Anda boleh kira pencen anda di link di bawah:

http://www.jpapencen.gov.my/persaraan_wajib.html

Kira jangan tak kira supaya kita sama-sama puas hati apabila memilih SBPA. Yang penting, faham sebelum tandatangan.

Terima kasih

Mayat Muamar Gaddafi diheret dan dikasari.

Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.

Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.
Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah. Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.
Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya."Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian.

Rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan.



Dalam pada itu, AFP pula melaporkan pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita.
“Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi,” kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.
“Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan,” katanya. Anak juga terbunuh. Gaddafi, 69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, petang semalam.
Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu.Bekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.

“Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya),” kata Mlegata.Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet.

Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.

‘‘Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC,” kata Mohamed.
Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.

--sumber : Malaysiakini.com--

Mengapa Tarian Poco-poco Haram!

Mengapa poco-poco haram. Mufti Kerajaan Negeri Perak menfatwakan haram, tetapi negeri lain ada yg menyatakan ia boleh digunakan.

Berikut penerangan Ust. Azhar Idrus mengenai poco-poco, mengapa ianya haram.


Hati-hati dengan Makanan Mengandungi DNA babi!


Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.



Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.





Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.






TAK HALAL... sosej pulut dan kepingan ayam yang diimport dari Thailand.
KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.


Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.
Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.
“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.


“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan.


Kesimpulannya, jangan beli sosej yang tiada jenama.

Gerai Cendol dan Kepala Babi...

Gerai cendol berhampiran Masjid Lama Sungai Bakap di sini yang digantung kepala babi, selain disimbah cat merah dua hari lalu, pernah disimbah cat hitam serta peralatannya dirosakkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata bagaimanapun pemilik gerai tidak melaporkan kepada polis perbuatan khianat yang berlaku pada Januari dan Mac lalu itu.

"Polis percaya kesemua perbuatan terbabit termasuk panggilan telefon misteri kepada pemilik gerai dilakukan oleh pihak yang sama," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mengenai kepala babi berkenaan, Shafien berkata ia sudah dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk dianalisa bagi mengetahui bila haiwan itu disembelih.
"Polis turut mendapatkan maklumat daripada penjual babi di sekitar SPS bagi mengenal pasti individu yang melakukan perbuatan khianat itu," katanya.

Shafien berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menakutkan secara Jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan.
Dalam kejadian pagi Rabu lalu, jemaah Masjid Lama Sungai Bakap di sini yang baru selesai menunaikan solat Subuh terkejut apabila melihat kepala babi tergantung di gerai cendol yang terletak berhampiran masjid itu.
Gerai itu juga disimbah dengan cat merah, dan sehari sebelum itu pemilik gerai berkenaan menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang meminta beliau berhati-hati. Sekalipun kejadian tersebut telah berlaku di beberapa hari yang lalu, namun sehingga kini polis masih menyiasat, siapa punya angkara dan apa motifnya.

Apakah kes tersebut hanya bertumpu dan dimaksudkan kepada penjual cendol tersebut sahaja atau kepada umat Islam keseluruhannya yang kebetulan gerai cendol tersebut terletak berhampiran masjid Lama Sungai Bakap?

Tidak mustahil pula ia dilakukan oleh orang Islam sendiri, kerana hanya orang Islam saja yang tahu bahawa penganut Islam amat sensitif dengan apa saja yang dikaitkan dengan babi. Provokasi siapa? Supaya umat Islam membenci pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang? Atau apa?
Kita berharap siasatan polis menyeluruh. Bolehkah rakyat mengharapkan begitu kepada mereka?

Tukar Jantina kepada Perempuan - Ashraf

Apa nak jadi dengan dunia hari ini, Allah dah kurniakan elok-elok jantina semua insan, ada pulak yang tidak setuju dengan pilihan Allah dan menukar jantina kepada yang mereka kehendaki. Memang dunia semakin terbalik dek isu-isu seperti ini. Terbaru Mahkamah Tinggi menetapkan 18 Julai ini keputusan permohonan seorang lelaki untuk menukar namanya dalam MyKad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina, hampir dua tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak hari ini berhubung permohonan yang dikemukakan oleh Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25.
Mohd. Ashraf yang mengemukakan permohonan untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz, hadir dengan berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu.
Terdahulu, peguam Horley Isaacs yang mewakili pemohon dalam hujahnya menyatakan, Mohd. Ashraf telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand kira-kira dua tahun lalu setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai (PMC).
Menurut beliau, anak guamnya itu berhasrat menukar nama bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran.
Tambahnya, pemohon yang juga pemegang diploma dalam jurusan berkaitan perubatan itu turut mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya untuk berbuat demikian.
‘‘Sebelum ini, dia (Mohd. Ashraf) pernah bekerja di farmasi, tetapi sukar untuk memakai pakaian lelaki kerana sejak kecil dia lebih cenderung untuk menjadi seorang perempuan disebabkan hormon lelakinya kurang stabil,’’ katanya.
Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Malaysia pula berhujah, sifat kewanitaan yang ada pada pemohon hanyalah pada luaran dan tidak secara dalaman.
Katanya lagi, sekalipun telah membuat pembedahan, tiada laporan lengkap daripada doktor yang mengesahkan penukaran jantina pemohon berlaku seperti wanita semula jadi.

Allah Takdirkan Bapa Francissca Peter Mati Dalam Islam


Alhamdulillah, Allah telah memberi hidayah kepada Mohamad Gaberial Peter Abdullah, untuk memeluk Islam dan insha Allah beliau meninggal dalam keimanan. Seperti yang dipaparkan kebanyakan akhbar hari ini, Mohamad Gaberial Peter meninggal dunia seorang diri di rumahnya di Dungun, Terengganu, pada umur 78, telah memeluk Islam semenjak 10 April 2007 dan disahkan melalui dokumen Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ditemui.

Allahyarham adalah bapa kepada Francissca Peter, penyanyi popular lagu-lagu Melayu tahun 80an, adalah seorang penganut agama Kristian sebelum itu. Mungkin ramai peminat Francissca hanya mengenali Fran sebagai seorang penyanyi sahaja. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa Fran adalah seorang yang aktif dengan program dan aktiviti gerejanya. Malah kini beliau dilantik sebagai duta sebuah NGO Kristian.

Banyak aktiviti NGO ini yang dilakukan beliau tidak menyebut dengan jelas landasan Kristiannya namun lebih atas nama kebajikan. Walaubagaimanapun, Allah Yang Maha Esa telah mentakdirkan bahawa ayahnya sendiri memeluk Islam genap 4 tahun lalu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.

Terbaru ! Qaradawi mewajibkan bunuh Gaddafi!

Perkembangan di Mesir kini telah merebak ke Libya, satu negara yang juga diperintah oleh pimimpin yang keras. Semakin ramai rakyat Libya kini yang merusuk dan tunjuk perasaan anti kerajaan terbunuh akibat tindakan zalim pemimpin yang tidak hiraukan keselamatan rakyat demi menjaga kedudukan dan jawatannya.

 "Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.


Syeikh al-Qaradawi berkata, maksudnya :
"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya .. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendir!"

Bob Lokman Bertaubat?


Adakah Bob Lokman telah benar-benar bertaubat dan sedar akan apa yang telah dilakukannya pada masa lampau? Adakah beliau telah terbuka pintu hati untuk kembali kepada jalan yang lurus? Adakah beliau telah menerima hidayah dari Allah s.w.t?
Macam-macam persoalan ditimbulkan dengan perubahan yang berlaku kepada diri pelakon dan pelawak terkenal tanah air kita iaitu Bob Lokman ini.

Kali ini kita tak mau lagi mendengar kata orang tentanr perkembanga bob ini, kerana ia mungkin benar dan mungkin tidak. Jadi kita lihat sendiri pengakuan dari Bob sendiri, jom kita saksikan.




Mudah-mudahan mendapat rakmat di sisi Allah s.w.t

Bintang All Black peluk Islam

"Menjadi sensasi dalam liga ragbi remaja, kemudian menyertai skuad bintang All Black, dan pada waktu yang sama menjadi peninju heavyweight yang berbakat.


Tidak setakat itu, Sonny Bill Williams juga telah memeluk Islam. Sekalipun terdapat khabar angin tentang bintang berusia 25 tahun ini memeluk Islam, namun akhbar Herald, Ahad lalu, mendedahkan bahawa beliau telah bersyahadah sejak dua tahun yang lalu.

Sejak itu, beliau menjadi Muslim pertama yang mengenakan jersi All Black, dan meminta makanan halal semasa kempen jelajah Hemisfera Utara tahun lepas.

Bulan Ramadan pada tahun ini akan jatuh dalam bulan Ogos semasa All Black mengambil bahagian dalam pertandingan Tiga Negara. Di sinilah fasa terakhir persediaan pasukan bagi menyiapkan diri bertanding dalam Piala Dunia.

Menurut sahabatnya, Williams sering hadir menunaikan sembahyang Jumaat di sebuah masjid di Christchurch.

Naib presiden Persekutuan Pertubuhan Islam NZ, Javed Khan, berkata bahawa komuniti Muslim memang sedia maklum tentang hal itu.

"Beliau mengamalkan agama dan beliau telah menjadi contoh yang baik untuk remaja. Kami berdoa supaya beliau akan memenangi Piala Dunia untuk kami. Semua orang bercakap tentangnya. Dalam komuniti Islam, setiap kami mengenali setiap seorang yang lain."

Kedua-dua pengurus William, Khoder Nasser dan mentornya yang juga bintang liga dan peninju, Anthony Mundine, adalah Muslim, begitu juga dengan adiknya Johnny, yang tinggal dengan beliau di Christchurch.

Kawan William, Tairek Smith berkata yang dia selalu bersembahyang bersama William sejak beliau memeluk Islam Sunni dalam satu majlis di masjid Regent’s Park di barat Sydney pada 2008, iaitu masjid yang juga dihadiri oleh Hazem El Masri (gambar), bekas rakan sepasukannya dalam Kelab Canterbury Bulldogs.

Ustaz Sungai Bakap Difitnah?

Hari ni gempar dengan berita seorang ustaz yang mengubati pesakit telah mencabul kehormatan remaja perempuan 14 tahun di Sungai Bakap. Sungguh asyik kita membaca perkembangan yang menjijikkan itu.
Sebenarnya kami amat terkejut dengan berita ini kerana kami amat mengenali ustaz ini yang sering memberi kuliah kepada kami. Apakah berita ini benar sebenar-benarnya atau hanya ada sesuatu...
Dunia kini penuh dengan tipu muslihat fitnah, dengki dan lain-lain. Jadi kita sebagai umat Islam yang bijaksana harus pandai menilai setiap apa yang berlaku.


Sebaik-baiknya, kita sebagai ummah Islam yang berilmu, apabila menerima berita seperti ini perlu berfikir sejenak, adakah ia benar berlaku seperti yang didakwa atau telah difitnah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Jangan terus percaya kepada apa jua berita yang kita dengar sebelum ianya sahih benar berlaku. Ini yang tiada pada umat Islam ketika ini. Apabila dengar saja sesuatu berita terus PERCAYA BULAT-BULAT tanpa ada usul periksa. Kami kenal ustaz ini. Jadi marilah kita berfikir sejenak, adakah ia benar atau tidak, jangan terus percaya apa yang kita tidak pasti.

Berikut berita mengenai ustaz tersebut;

Lelaki bergelar ustaz yang didakwa mencabul kehormatan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ketika mangsa menjalani rawatan pemulihan ilmu sihir, Ahad lalu, mungkin sudah melakukan perbuatan sama kepada lebih ramai mangsa, namun enggan membuat aduan polis.

Ia berdasarkan kepada rekod dan siasatan polis yang mendapati suspek berusia 43 tahun itu sebelum ini turut didakwa melakukan perkara sama ketika mengubati pesakitnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, sehingga kini, belum ada laporan dibuat mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa tindakan rakus lelaki berkenaan.

“Kami percaya suspek mungkin melakukan perkara sama seperti dilakukannya terhadap mangsa terbaru yang kini masih trauma dengan kejadian itu.

“Polis masih berusaha mengumpul maklumat lanjut mengenai kes itu dan memohon kerjasama individu yang pernah menjadi mangsa suspek untuk membuat aduan polis segera,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ahad lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dicabul seorang lelaki bergelar ustaz ketika mendapatkan rawatan penyakit buatan orang yang dihidapinya di rumah lelaki berkenaan di Sungai Bakap.

Suspek ditahan pada hari sama aduan dibuat selepas dipercayai mencabul mangsa ketika melakukan proses rawatan dalam bilik air rumahnya.

Beliau berkata, lelaki yang mempunyai anak lima itu dipercayai baru sebulan melakukan khidmat penyembuhan dalam bilik air berbanding sebelum ini.

Menurutnya, suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan serta sudah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.-Metro-


Satu perkara yang menghairankan ialah, yang melakukan kesalahan ialah ustaz i tetapi yang digembar-gemburkan adalah ADUN sungai bakap supaya letak jawapan, macam ada sesuatu yang tidak logik di sini. Mengapa tidak keluar sahaja berita penuh mengenai ustaz i itu? Berfikirlah dengan waras.

Apa Kata Dr.Asri...


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Umno sepatutnya lebih ke hadapan dalam isu ini, bukannya bersikap jumud dan terkebelakang," katanya pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu


Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan,"

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman

"Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

"Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.

"Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.

"Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.

"Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi

Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.

"Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.

"Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya.

Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.

"Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya.

Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan.

Selamat Hari Raya Idulfitri

Assalamualaikum,

Dah sampai kita ke penghujung bulan yg sangat istimewa lagi penuh barakah. Bulan yang memberi beribu-ribu keberkatan serta bonus yang tidak mungkin melebihi dari apa yang kita pernah dapat di dunia ini.

Sebelum berakhirnya bulan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Mencapai Ramadhan yang sempurna, Malam yang lebih baik dari seribu bulan (Malam Al-Khadar).


Selamat Menyabut Hari Raya Idulfitri serta Maaf Zahir dan Batin sepanjang kami bloging, jika ada terkasar bahasa, maaf dipinta.

Bila balik kampong, berhati-hatilah di jalan raya.

Ikhlas daripada
Admin Bicara Taman Jawi Indah..

Video Serangan Kapal Mavi Marmara oleh Pengganas Israel

Inilah bentuk provokasi baru dari zionis Israel terhadap dunia Internasional, sangat memalukan jika masyarakat dunia hanya mampu mengecam tanpa memberikan bantuan untuk mengjatuhkan Teroris dunia ini.


Memalukan jika dunia diam dan selesa terhadap kejahatan Israel dan terhadap blockade kejam. Sikap diam sama saja dengan ikut melakukan kejahatan dan blockade,” kata pernyataan yang dikeluarkan Hamas, sebagaimana dikutip Infopalestina.





Sumbangan KRT Kepada Pemilik Rumah Terbakar.

Pada tanggal 22 Mac 2010, lebih kurang jam 10.30 pagi bersamaan dengan hari Isnin, sebuag rumah di Tmn Jawi Indah telah mengalami kebakaran. Pada ketika kejadian, masing-masing bekerja di pejabat. Mujurlah ada sahabat kita yang free) waktu itu (mungkin bekerja shift malam) sempat membantu menyelamatkan harta benda seperti kereta dll...


Kebakaran dikatakan berpunca daripada talian elektrik dari kipas angin di dalam bilik dan merebak kepada atas syiling hingga kayu alang hitam akibat kebakaran, mujurlah atap rumah tidak runtuh.

Sehubungan itu, pihak KRT rasa terpanggil untuk menghulurkan sumbangan setakat termampu bagi meringankan beban yang ditanggung. Maka, pengerusi KRT, En. Jamal serta rombonannya telah melawati rumah tersebut seterusnya menyampaikan sedikit sumbangan kewangan berbentuk cek kepada mangsa.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil oleh photographer (Nazri).

































Terima kasih

Penggunaan Kalimah Allah!


Salam,

Penggunaan kalimah Allah menjadi isu panas sejak 2-3 minggu lepas hingga ke hari ini. Apakah hukum bila orang kafir menggunakan kalimah Allah?


Saya sempat ke kuliah Mabrib bersama ust. Zulkhibri, dan beliau mengupas secara ringkas mengenai isu ini. Mengikut beliau, sejak dari zaman Rasullullah lagi orang kafir telah menggunakan kalimat Allah ini. Pada peringkat awal, penggunaan kalimah Allah ini adalah harus.

Contoh yang paling nyata ialah nama Saidina Abu Bakar sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdullah dan ramai lagi kaum kafir mempunyai nama Abdullah. Perhatikan, pada nama mereka sahaja telah ada kalimat Allah. Jadi ia bukan menjadi perkara ganjil kepada mereka dan ia bukan tujuan untuk menghina kesucian agama islam.

Cuma apa yang berlaku sekarang ini ialah, penggunaan kalimah Allah itu adalah mempunyai tujuan tertentu untuk kepentingan pihak tertentu. Jika penggunana kalimah tersebut untuk mencabar kesucian agama islam, ia jelas dilarang dan umat islam wajib mempertahankannya.

Apa yang menghairankan ialah, ketua hakim negara mempunyai kuasa untuk melantik hakim bagi membicarakan kes ini, tetapi kenapa ia melantik hakim bukan islam, yang ternyata tidak ada kefahaman islam.

TQ

JAIS Tidak Dakwa Dr.Asri


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, setakat hari ini, tidak didakwa atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seperti dirancang.

Beliau tiba di perkarangan mahkamah itu sejak 8.45 pagi sebelum dijadual dituduh jam 9 pagi ini. Bagaimanapun menjelang jam 1 tengah hari, beliau dibebaskan dengan jaminan Jais selepas menunggu pihak pendakwaan hampir empat jam di situ.



Sebelumnya, ketika bercakap kepada media di luar mahkamah, Dr Asri berkata pihak berkuasa agama itu menahannya tanpa sebab dan kini sedang memikirkan apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan.

Sementara itu ketua unit perhubungan awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani memberitahu Malaysiakini melalui telefon bahawa Dr Mohd Asri akan didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah.

Mohd Hidayat berkata pendakwaan itu dilakukan berdasarkan aduan-aduan orang ramai terhadap lulusan pengajian hadis itu sejak beliau mula mengadakan ceramah agama di Selangor tiga tahun lalu.

"(Tindakan) ini berdasarkan aduan orang ramai yang keliru dengan ajaran-ajaran yang dibawa (Dr Mohd Asri) dan kita bimbang ini akan memecah-belahkan masyarakat," kata Mohd Hidayat.

Dr Mohd Asri diwakili dua peguam, Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais.

Sewaktu mereka menyemak dengan pihak pendaftar mahkamah tersebut, tiada pertuduhan difailkan terhadap anak guam mereka itu.
Aktivis NGO terkenal Datuk Marina Mahathir turut hadir di mahkamah, selain ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib turut hadir.

Zuraida dan Saari berada di tempat kejadian sewaktu Dr Mohd Asri ditahan malam tadi ketika menyampaikan kuliah agama di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang (foto kanan).

Menurut laporan Bernama tengah malam tadi, Dr Mohd Asri dilaporkan ditahan semasa berceramah kira-kira pukul 12.10 tengah malam oleh polis serta pegawai Jais dan kemudian dibawa ke balai polis Hulu Kelang.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk Zuraida dan Saari, lapor agensi berita itu lagi.

Selepas dibebaskan dengan ikat jamin Jais, Dr Mohd Asri merancang bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Jais dijangka akan mengadakan satu sidang akhbar bagi menjelaskan isu ini petang ini.

Promosi Harga Proton di Arab Saudi!

Proton menjadi kemegahan rakyat Malaysia, kerana ia adalah kereta pertama nasional. Tapi mengapa harganya terlalu tinggi, dah macam kereta import. Sempena Ramadhan ni, proton buat promosi besar-besaran, jom kita tengok berapa harga proton di Arab Saudi...





























Kenapa Proton tak jual harga macam dekat Arab Saudi pada rakyat kita? Apa istimewanya orang Arab?

Dimana slogan yg. selalu dilaung-laungkan, 1Malaysia "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" … Kenapa orang Arab lebih diutamakan? Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu...

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100

Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600

Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94


Bermakna:-

Maknanya

Harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje

Harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje

Harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje…


Apa pendapat anda?

Cerita Kayu Nasi Kandar!


I just came back from having dinner at Kayu nasi Kandar, Bukit Jambul. I paid for my rice...RM10.00 which has 1 pc of mutton and 1 pc of chicken. After eating halfway, I decided to request for more gravy (kuah). Guess what happenned!!



The guy serving asked..."you want RM1 or RM2 kuah?"
I said" I ordered rice and I just wanted a little more Kuah.
He now replied loudly and rudely "tadi, I sudah bagi cukup kuah. Mau lagi kena bayar!!"

Last week, I took my son there and we ordered Roti Canai. I requested a little sugar for my son as he did not like the curry. I was charged RM0.50 for a spoon of sugar!!

When they 1st open, the owner(an elderly man) came over to my table and was very polite. He even gave me some papadum free as a gesture and... he invited me to come over again. Nowadays, their attitude have changed. They have become very ARROGANT. Why?...business is too good . They have adopted the "TAKE IT or LEAVE" attitude. They have forgotten that the people ordering the food are their Customers.

SO?!!...pls try not to go there too often and help send this mail out and inform your friends.

Regards
Kayu Victim

Snek CRISPY Mengandungi Lemak BABI



SNEK JENAMA CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD
DIDAPATI MENGANDUNGI EMULSIFIER (E476) IAITU KOD UNTUK LEMAK BABI...YANG
JELASNYA HARAM DIMAKAN OLEH UMAT ISLAM...





SILA LIHAT ATTACHMENT UNTUK RUJUKAN ANDA...

KALAU XBERAPA CLEAR....BOLEH BELI SENDIRI DAN TGK DIA PUNYA INGREDIENTS KT
PLASTIK TU...ADA (E476). SNEK CRISPY NI MEMANG DAH LAMA DIPASARAN, SEJAK DARI
KITA KECIK LAGI, DAH BANYAK KITA MAKAN. SO BILA DAH TAHU NI, JANGAN KITA PLAK
BELIKAN PADA ANAK-ANAK KITA.

SILA FORWARD UTK MEMBER2 YG LAIN...SAMA2 KITA MENJAGA KESUCIAN ISLAM...