Surau Al-Mustaqim Taman Jawi Indah mengalu-alukan sumbangan daripada anda. Salurkan sumbangan demi saham akhirat anda.

XPDC Berbasikal Mendaki Puncak Gunung Jerai

XPDC ini disertai oleh 3 orang saja, memandangkan sempena cuti Tahun Baru Cina, jadi ramai yang tak dapat nak sertai, depa semua balik kampung. Amazing experience!

Persiapan Jamuan Ceramah Maulidur Rasul

Surau Taman Jawi Indah menganjurkan ceramah perdana Maulidur Rasul. Mereka sedang bergotong royong membuat persiapan jamuan pada majlis cermah tersebut

Sumbangan Hari Raya kepada Warga Emas

Sumbangan hari raya ini khas kepada warga emas dan golongan yang memerlukan Taman Jawi Indah. Acara ini akan dilaksanakan secara tahunan

Majlis Berbuka Puasa anjuran Surau Taman Jawi Indah

Majlis Berbuka Puasa ini dianjurkan oleh Surau Taman Jawi Indah, kelihatan penduduk sedang menikmati juadah terutamanya nasi daging menu istimewa pada hari tersebut...wow!

Aktiviti Korban Surau Taman Jawi Indah

Aktiviti korban diadakan persekitaran Surau Taman Jawi Indah. Sebanyak 4 ekor lembu telah ditumbangkan. Penduduk sedang bergotong-royong memotong dan mengagihkan daging korban

Gotong-royong membina pondok KRT

Orang kuat KRT sedang bekerjasama membina pondok KRT untuk kemudahan anggota yang bertugas dimalam hari

Aktiviti sukan Taman Jawi Indah

Kelab Badminton Taman Jawi indah sedang mengadakan fokus kepada game badminton di Dewan Serbaguna, Sungai Bakap

Kem Bestari Wuduk

Surau Al-Mustaqim Taman Jawi Indah akan mengadakan kem bestari wuduk pada hari Sabtu ini, khas kepada anak-anak TJI. Sama-sama kita hantar anak-anak kita ke kem tersebut. Maklumat detail kem bestari wuduk adalah seperti berikut:



KEM BESTARI WUDUK

Tarikh    : 23 MAC 2013 (Sabtu)
 Masa     : 8.30 pagi- 1.00 Petang
Tempat: SURAU AL MUSTAQIM TAMAN JAWI INDAH
Penyertaan : Terbuka kepada seluruh anak-anak penduduk Taman Jawi Indah yang berumur 9 tahun dan ke atas

SARAPAN PAGI & MAKAN TENGAH HARI DISEDIAKAN

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA

HADIAH MISTERI AKAN DISEDIAKAN KEPADA PARA PESERTA

DAPATKAN BORANG PENYERTAAN MELALUI JAWATANKUASA SURAU
@
SMS NAMA PESERTA, UMUR &  ALAMAT RUMAH KEPADA URUSETIA (019-4244754/ 019-4495154 / 013-5028414/017-45921720)


”SOLAT ITU SATU KEWAJIPAN & SOLAT YANG KHUSYUK BERMULA DENGAN WUDUK YANG SEMPURNA”


Sama kita ambil manfaat...Wallah hu A'alam...

Perginya seorang Srikandi…

Kerajaan Palestin mengumumkan betapa negara Palestin berduka di atas pemergian Maryam Farhaat atau lebih dikenali sebagai Ummu Nidhal. Ummu Nidal berumur 62 tahun dan  meninggal dunia pada Ahad 17hb Mac 2013 setelah berjuang panjang melawan penyakit yang dideritanya.Kenyataan rasmi kerajaan Palestin telah menyatakan rasa duka atas kematian Ummu Nidhal yang telah mewakafkan hidupnya kepada perjuangan dan sentiasa berkorban demi kemerdekaan Palestin.Ummu Nidhal adalah simbol legenda perjuangan di peringkat nasional and internasional. Beliau adalah Ahli Parlimen di Dewan Legislatif Palestin, telah meninggal  setelah beberapa jam dimasukkan ke ICU, Hospital Al Shifa, Gaza City, Palestin.Beliau dilahirkan di Gaza pada 24hb September 1949 dan telah dikurniakan dengan 6 orang cahaya mata. Beliau adalah ibu kepada 3 orang syuhada yang telah melakar sejarah yang hebat seumpama Khaulah Binti al Azur, Khansa’, Nusaibah Binti Kaab dan seumpamanya.

Ummu Nidhal tidak henti-henti menyeru kaum wanita, para pemuda dan pemudi, rakyat Palestin dan umat Islam keseluruhnya agar berjuang untuk Islam dan berharap agar Allah swt mengurniakan ke semua anak-anaknya mati syahid untuk membebaskan Masjid al Aqsa, kemerdekaan bumi Palestin dan mempertahankan kemuliaan agama-Nya.Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal berbunyi, “Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan”, kata tokoh pejuang ini.

Di saat perpisahannya dengan putera sulungnya yang bernama Muhammad Farhaat, dia dan anaknya itu saling berpelukan dan kemudiannya berkata, “Ibu tidak dapat membendung air mata tetapi jangan percaya dengan  air mata ibu ini anakku… Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetapkanlah hatimu thabatlah, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Taala”.Seruan jihad Ummu Nidhal ini bukan hanya fasih dibibir atau hanya bertinta di lembaran kertas tetapi dibuktikan dengan penyertaan jihad tiga orang anaknya yang telah syahid satu demi satu. Setelah Muhammad Farhaat menemui syahid pada tahun 2002, diikuti pula oleh Nidhal Farhaat pada Februari 2003 dan kemudian anak bongsunya yang bernama Rawad Farhaat yang syahid pada tahun 2005. Seorang lagi anak beliau, Wisam Farhaat masih lagi merengkok di dalam penjara Israel.

Kita bersaksi dengan ketulusan perjuangan ibu 3 syuhada ini. Sama-sama kita berdoa kepada Allah swt agar diberikan rahmat kepadanya dan mendapatkan kerehatan yang damai bagi ruhnya, semoga Allah memberikan semangat bagi keluarganya dan memberikan kesabaran dan ketabahan bagi orang-orang yang mencintainya.

Jadual Kuliah Bulan Mac 2013 - Surau TJI

Berikut jadual kuliah bulan Mac 2013 Surau Al-Mustaqim, Tmn Jawi Indah.



Sila klik atas imej untuk besarkan.


15 Rahsia Keajaiban Kaabah yg. perlu diketahui

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله

JADUAL KULIAH AGAMA

JADUAL KULIAH AGAMA SURAU ALMUSTAQIM
TAMAN JAWI INDAH







Program Korban Surau Al Mustaqim 1433H/2012 M

Program Korban Surau Al Mustaqim  1433H/2012 M

antara snapshots yang sempat di rakam oleh paparazzi TJI
terima kasih kepada semua ahli kariah yang sudi menyumbang tenaga
dalam menjayakan program Korban dan Aqiqah tahun ini