Showing posts with label Aktiviti Sukan. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Sukan. Show all posts

Pertandingan Badminton Tertutup Tmn Jawi Indah

Pertandingan Badminton Tertutup Taman Jawi Indah akan diadakan pada 12 Jun 2011di Dewan Jawi. Kejohanan ini adalah anjuran KRT TJI. Jom ramai-ramai pakat join dan tonjolkan kemahiran anda dalam sukan badminton. (Bila lagi nak tunjuk skil).

Jika anda berminat untuk sama-sama meramaikan kejohanan ini, sila dapatkan borang daripada urusetia atau telefon terus kepada mereka dibawah untuk keterangan lanjut.

Berikut adalah nama dan no.tel urusetia yang bertugas:

En. Omar : 012-5133468
En. Nazri : 019-4184618
Syima : 017-4960117
Saadiah : 012-4234100

Anda juga boleh download borang penyertaan, klik di sini...

Tarikh tutup permohonan pada 5 Jun 2011.

Hadiah memang menarik, rugi kalau anda tak join.

Terima kasih

Kejohanan Tertutup Badminton Taman Jawi Indah - Meriah!

Pada 3 Mac 2011, kelab badminton Taman Jawi Indah (TJI) telah menganjurkan kejohanan badminton persahabatan di Dewan Sg.Bakap. Perlawanan disertai oleh 6 regu. Perlawanan bermula pada jam 8.30 pagi Ahad. Meriah, cukup meriah. Yang datang lewat ada, yang bawa anak mai ada, yang confiden menang pun ada, yang menepati ramalan pun ada, yang kantoi awai pun ada, macam-macam.

Perlawanan tamat pada jam 12.00 t/h dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang. Kepada yang tidak menang, jangan putus asa untuk cuba lagi dikejohanan yang akan datang. Relax brother...cuba lagi.

Ok, jom kita tengok gambar-gambar semasa perlawanan tersebut.














Tempat ke-3


Naib Johan


















Johan


Terima kasih semua...

Puncak Gunung Jerai Telah Ditawan

Tarikh keramat 3 Februari 2011 telah memahat sejarah kerana 3 anak muda Taman Jawi Indah telah berjaya berbasikal menuju ke puncak Gunung Jerai. Wow! Amazing... Kami bertolak dari Jawi sekitar jam 5.30 pagi, berhenti solat subuh di Sg.Petani dan sampai di kaki gunung jerai sekitar 7.20 pagi. Sebelum mula, kami sarapan nasi lemak dulu. Nasi lemak di taja oleh En.Rodhi.

Tepat jam 7.55 pagi xpdc kami mendaki gunung jerai bermula dengan gaya kayuhan masing-masing. Sepanjang perjalanan menuju ke puncak, macam-macam berlaku antaranya rantai basikal Johar putus. Mujur la ada McGyver BUN yang telah menyambung semula rantai tersebut. Kemudian kami teruskan perjalanan, terjumpa 2 orang penunggang cina tersadai ditepi jalan, mengapa? Rantai basikal dia lekat celah spoket, tak boleh nak trik keluar.

So, apa lagi, kami berhenti dan cuba tolong apa yg patut. Lama jugak kami perosek basikal dia, akhirnya berjaya, perrrgh...memang power McGyver TJI ni. Kami tanya dia, awat time raya cina ni depa p kayuh basikal. Depa kata time cuti la nak kayuh, depa tak dak cuti.

Sekitar jam 11.00 pagi kami pun sampai dipuncak gunung jerai. Bajet nak sampai awal, tapi rantai basikal Johar putus, ditambah pulak tolong basikal 2 orang cina yang sangkut tu, jadi lewat jugak la sampai. Tak pa, misi kali ini completed.

Jom tengok gambar yang sempat dirakamkan...































Kepada cycler TJI yang lain, lepas ni ada lagi misi lain, sapa nak join nanti boleh. Bagi ramai skit.

Terima kasih

Perlawanan Persahabatan Badminton - Tmn Ilmu!

Pada 7 Mei 2010, kelab badminton Tmn Jawi Indah telah mengadakan perlawanan persahabatan badminton dengan taman ilmu, wow! Impressive... Satu perlawanan yang penuh dramatic.

Keputusannay tidak mendukacitakan kerana kita telah berjaya mengikat kedudukan dengan mata 3 sama. Jom tengok aksi-aksi menarik yg sempat dirakam.














Ni gambar yg. aku ambil, sebab tu tak der gambar aku, Jard, mana gambar yg kor ambil kami tengah main, sila email .

Terima kasih

Perlawanan Persahabatan Badminton!


Pada 23 hb Januari 2010, kelab badminton taman jawi indah (TJI) telah mengadakan perlawanan persahabatan bandminton dengan kelab bandar tasek mutiara, simpang Ampat.
Satu lagi, pada tarikh tu jugak, kelab badminton TJI telah memakai jersey/tshirt kelab buat pertama kali, dengan tertera logo shuttle dan nama kelab di tshirt tersebut.

























































Terima kasih