Showing posts with label Coretan Mufti. Show all posts
Showing posts with label Coretan Mufti. Show all posts

Ke mana perginya wang zakat kita?


ULASAN Dr. Asri mengenai Wang zakat. Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.

Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.




Saya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu. Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa. Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!

Jenayah Ambil Tempat Makruf


Dari jauh saya membaca akhbar Malaysia merasa keadaan keamanan rakyat begitu
menakutkan. Jenayah-jenayah berat berlaku di sana sini. Pembunuhan, rogol,
rompakan, meragut dan berbagai lagi jenayah yang perit untuk membayangkannya.
Seseorang dalam negara kita sentiasa dalam kerisauan atau ketakutan untuk berjalan
bersendirian, atau membawa barangan berharga, atau memiliki harta mewah, sehingga
menggalas beg di bahu boleh mengancam nyawa. Seseorang bukan sahaja merasa tidak
selamat semasa di jalanan, bahkan merasa tidak selamat dalam rumahnya sendiri.



Rasa takut untuk membiarkan anak-anak bermain di hadapan rumah sendiri, apatah
lagi keluar bermain bersama kawan-kawannya. Penjenayah di sana-sini dengan segala
kekejamannya. Bahkan mereka juga mungkin dibela oleh peguam-peguam yang handal di
mahkamah. Parti politik yang 'kehausan kuasa' juga mungkin mengambil kesempatan
membela penjenayah, jika itu dilihat boleh dijadikan isu politik.


Hilanglah nikmat keamanan yang pernah kita kecapi dahulu. Juga mungkin Allah telah
menarik balik rahmat keamanan-Nya. Ia adalah satu bala yang besar dalam kehidupan
rakyat. Antara punca hal ini terjadi adalah kerana hilangnya penghayatan Al-Amr bi
al-Ma'ruf Dan al-Nahy 'An al-Munkar iaitu menyuruh kepada yang baik dan mencegah
mungkar (kejahatan). Tanggungjawab ini disebut oleh al-Quran dan al-Sunnah begitu
banyak. Antaranya Allah menyebut: (maksudnya) Dan orang-orang yang beriman, lelaki
dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain;
mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mereka
mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya,
mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana. (Surah al-Taubah ayat 71). Perkataan mungkar sering disempitkan
tafsirannya oleh pemikiran sesetengah kita kepada perkara-perkara seperti zina,
minum arak, berjudi dan beberapa perkara lain yang 'sama spesis' dengan itu
sahaja.


Maka sesiapa yang menyertai operasi mencegah hal-hal ini sahaja yang 'dirasakan'
menunaikan tanggungjawab agama. Sementara kemungkaran lain seperti mengambil dadah
secara salah, mencuri, merosakkan harta awam, memaki hamun orang, berlumba haram
yang merbahayakan awam dan jenayah-jenayah lain dirasakan sebagai jenayah biasa
yang tiada kaitan dengan agama. Maka tindakan mencegah kesalahan-kesalahan ini
tidak dirasakan sebagai amalan soleh yang diperintahkan oleh agama. Ini mungkin
antara keburukan penyempitan fungsi mahkamah syariah dalam negara kita.


Bercanggah


Hasilnya, jemaah masjid mungkin membuat operasi tangkap khalwat, kononnya sebagai
kerja agama, tetapi membiarkan anak muda kampung yang sedang berkumpul menghisap
dadah atau ganja atau merosakkan harta benda awam. Jika ada pihak pejabat agama
yang pergi membuat 'operasi mengintip khalwat', dirasakan amalan soleh, walaupun
itu bercanggah dengan ajaran Islam.


Sementara kerja pihak polis atau 'rukun tetangga' mencegah jenayah yang merosakkan
masyarakat hanya dianggap sebagai tugasan biasa atau tanggungjawab sosial
semata-mata, tidak pula dinilai sebagai tanggungjawab yang diperintahkan oleh
Allah dan rasul-Nya. Kumpulan-kumpulan dakwah, atau organisasi Islami, atau
ceramah agama pun banyak tertumpu kepada maksud mungkar yang tidak begitu luas
seperti itu. Inilah antara kesempitan fahaman Islam yang berlaku secara tidak
sedar. Jika kita hendak menyatakan kesan pemikiran sekular dalam masyarakat kita,
inilah antaranya.


Kadang-kala apabila kita biarkan satu mungkar mengundang mungkar yang lain.
Umpamanya, kita kurang peduli anak muda di kampung atau taman kita yang menghisap
dadah. Mungkin kerana kita rasa itu tiada kena mengena dengan kita. Akhirnya,
kerana ketagihan, mereka menjadi pencuri, bahkan pembunuh seperti baru-baru ini.
Kita biarkan vandalisme apabila tiada kena mengena dengan harta kita, akhirnya
negara rugi dan mungkin satu hari harta kita juga menjadi mangsa.


Kita tidak tegur atau bantah perbuatan 'rempit', akhirnya kita atau orang yang
kita sayangi menjadi mangsa. Ibn 'Abbas ketika menafsirkan firman Allah Surah
al-Anfal ayat 25 (maksudnya): Dan jagalah diri kamu daripada fitnah yang bukan
sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi
akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab
hukumanNya berkata: (maksudnya) Allah memerintahkan orang mukmin agar tidak
mengakui kemunkaran yang berlaku di kalangan mereka, nanti Allah akan mengenakan
azab ke atas mereka keseluruhannya. (Al-Tabari, Tafsir al-Tabari: Taqrib wa
Tahdhib, 4/59, Damsyik: Dar al-Qalam) Baginda Nabi saw pernah bersabda: Demi Tuhan
yang jiwaku berada dalam tangan-Nya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf
dan mencegah yang mungkar, atau nanti Allah akan menghantar azabnya ke atas kamu,
kemudian kamu berdoa kepada-Nya dan Dia tidak memperkenankan lagi doa kamu
(Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani). Untuk itu seseorang yang
melihat mungkar hendaklah berusaha mencegahnya dengan kadar kemampuannya. Sabda
Nabi SAW juga: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah
dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya
tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim).


Satu hakikat yang wajib diingati adalah fungsi utama sesebuah kerajaan itu
menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Ini seperti dalam Surah al-Hajj
ayat 41: (maksudnya): Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka
kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat,
dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemunkaran. Dan
(ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. Jika sesebuah kerajaan gagal
menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar dalam ertikata yang luas dan
menyeluruh, bererti kerajaan itu gagal berfungsi seperti yang Allah dan rasul-Nya
kehendaki.


Justeru dicadangkan, dalam negara kita; kerajaan hendaklah berkempen mencegah
jenayah dari perspektif amar makruf dan nahi mungkar yang ditegas oleh Islam.
Operasi polis dan masyarakat hendaklah diajak masyarakat khususnya umat Islam
melihatnya sebagai tanggungjawab mulia agama. Demi menunaikan maksud tolong
menolong mencegah mungkar, rakyat dididik membantu polis atas kesedaran agama dan
kerajaan menjaga kebajikan anggota polis agar mereka dapat berfungsi dengan baik
adalah rangkaian tanggungjawab kerajaan dalam proses itu. Ini termasuk kenaikan
gaji polis dan penambahan anggota mereka.


Terhakis

Perlu diingat, pencemaran nama baik polis juga menyebabkan perasaan gerun
penjenayah kepada polis berkurangan. Hormat masyarakat juga terhakis. Maka,
kerajaan hendaklah memastikan amanah pihak polis dan bebasnya mereka dari tekanan
agenda mana-mana pihak. Demikian juga malanglah pihak polis jika disibukkan dengan
kerenah 'orang-orang politik' itu dan ini sedangkan urusan jenayah dan keselamatan
masyarakat sedang dalam keadaan getir. Buruklah sikap parti-parti politik jika
sibuk dengan keselamatan kerusi masing-masing sehingga lupa untuk membincangkan
keselamatan rakyat yang makin tergugat dengan peningkatan jenayah.


Satu perkara yang penting untuk kita sedar bahawa peningkatan jenayah adalah
disebabkan para penjenayah tidak merasa gerun dengan pemerintah atau undang-undang
yang ada. Hal ini kemungkinan disebabkan dua perkara; pertama, kerajaan atau
penguasa undang-undang dilihat tidak kukuh sehingga mereka merasakan peluang untuk
terlepas daripada hukuman itu luas.


Kedua, undang-undang yang ada belum cukup menggerunkan. Islam apabila menetapkan
'hudud' ia bersifat amat sukar untuk dijatuhkan, tetapi amat menggerunkan apabila
dilaksanakan. Dalam erti kata lain, hanya yang benar-benar bersalah tanpa alasan
sahaja yang akan dihukum dan hukuman itu pula benar-benar memberikan pengajaran
kepada penjenayah dan yang berniat melakukannya. Ya, kaedah hukuman dan cara
pelaksanaan mungkin boleh diubah berdasarkan perubahan zaman dan manusia. Namun,
kerajaan mestilah kembali kepada ajaran Islam dalam menghadapi jenayah. Seminar
dan perbincangan berdasarkan ajaran Islam dalam menghadapi jenayah mesti
dilaksanakan secara serius. Ini adalah tanggungjawab 'menegakkan yang makruf dan
mencegah yang mungkar' yang berada atas bahu kerajaan. Jika tidak, jenayah akan
menguasai makruf dalam negara kita.


Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Mufti Sepakat Hentikan Persenda Al-Quran


KUALA LUMPUR 6 April - Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab suci itu.

Pada masa yang sama, semua umat Islam terutama ahli-ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kitab suci al-Quran semata-mata demi kepentingan politik.
''Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini berpandangan, tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-4 yang membincangkan isu ahli politik bukan Islam membaca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya. Persidangan itu diadakan ekoran tercetus isu penggunaan ayat al-Quran oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam satu ceramahnya ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak malam semalam.

Ia bertujuan meraih sokongan orang Melayu dan difahamkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping itu mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran telah banyak kali dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.
Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu, al-Quran merupakan mukjizat terbesar diturunkan oleh Allah sebagai wahyu kepada seluruh umat manusia.

Menurut kenyataan itu lagi, melalui al-Quran manusia perlu mengambil manfaat dan hidayah daripadanya. ''Oleh itu sejajar dengan keunggulannya, ia mestilah dibaca dengan tujuan dan niat yang betul. Di dalam Islam setiap bacaannya merupakan satu ibadah," tambah kenyataan itu lagi.


Sumber : utusan malaysia

Pandangan Dr Asri Tentang Isu Semasa Di Perak


Disiarkan pada Feb 07, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan
Jawapan: Banyak sekali email isu pergelutan kuasa politik di Perakdihantar kepada saya. Maaf, saya tidak dapat memberikan jawapan yangmencukupi kerana barangkali maklumat yang meyakinkan saya belummantap. Saya pada prinsipnya tidak dapat menerima perangai 'lompatparti' kerana itu adalah sikap yang tidak telus dan jujur terhadapundi rakyat. Sesiapa mahu tukar parti setelah dipilih, sepatutnyameletak jawatan dan bertanding semula. Serahkan semula amanah tersebutkepada rakyat. Rakyat ketika mengundi meluahkan hasrat mereka, dan itutidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Cuma ada beberapa perkara yangberlegar dalam fikiran saya tentang keadaan Perak;

BEBERAPA penyokong pembangkang bertindak nekad berbaring di tengahjalan sambil memegang bendera menghalang kereta peronda polis yangmengiringi kenderaan Raja Muda Perak di belakang berhampiran IstanaIskandariah, Perak, semalam.

1. Jika perbuatan melompat itu tidak dapat diterima oleh sesetengahpihak, sepatutnya ketika isu lompat parti pada 16 September 2008diuar-uarkan sikap yang sama ditunjukkan. Pendirian yang istiqamahatas prinsip itu hendaklah ditunjukkan dalam semua keadaan. Apakahbantahan isu Perak ini memang benar-benar atas prinsip atau semangatkepartian semata?

2. Tokoh agama Perak yang terkenal, Datuk Seri Harussani Zakariaadalah seorang mufti terkenal, juga tokoh kepercayaan PAS sendiri.Beliau mengepalai upacara membaca doa perlantikan MB baru, YB Datuk DrZamry. Adakah kemungkinan beliau telah melihat berbagai aspek isutersebut, terutama dari segi agama. Maka saya kira mungkin orang PASpatut merujuk kepada Sahibus Samahah DS Harussani terlebih dahulusebelum membantah keputusan Sultan Perak itu di sudut agamaterutamanya. Mungkin ada perkara yang beliau lebih maklum, sebagai'orang lama' Perak. Apatahlagi, beliau selama itu amat diyakini olehorang PAS sendiri.

3. Beberapa pihak menyatakan YB DS Nizar sebenarnya hanyalah 'bonekaDAP'. Saya sendiri diberikan berbagai maklumbalas oleh pihak yangtiada kaitan politik. Kononnya, apa yang dilaksanakan di Perak adalahkeputusan mesyuarat exco yang didominasi oleh DAP yang menumpukankepentingan kepada kaum tertentu. Isu pemberian tanah kepadamasyarakat cina umpamanya dibangkitkan. Dakwaan ini bukan sebarangan,sebab pihak Istana Perak sendiri seakan memberi isyarat kerunsingantentang kedudukan 'orang Islam' di Perak. Dakwaan ini perlu dikajidengan cermat dan teliti tanpa emosi. Apakah benar atau sebaliknya?

4. Dari segi kepentingan umat, tanpa mengira parti, kita perlumenilai; manakah kepimpinan Kerajaan Perak yang lebih bermanfaat dankurang mudarat kepada umat dan rakyat? Manakah pula yang akanmembahayakan masa depan umat? Ini perlu dilihat dengan teliti.

Maka saya dengan ini menangguhkan dahulu mengulas isu pergelutanpolitik di Perak, sehingga persoalan-persoalan ini jelas kepada saya.Saya sama seperti orang lain, dari jauh sedang memerhati isu ini.

Sumbangan : Nazri

Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya...























Tulisan Dr. Asri Zainal Abidin (Bekas Mufti Perlis)

Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang beradadi Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramahringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim.Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarangkhususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah denganberani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agarahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yangdilakukan terhadap rakyat Palestin.

Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlintelah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglahjika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hariini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa denganbeberapa pihak.

Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yangsaya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahatberperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem'Combat' semasa zaman tersebut.

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri 'Combat' tersebut, makadigambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yangjahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yangditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutamakanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepadabahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak 'Nazi'nya agaksinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jermanitu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jermanyang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan bukuyang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. SebagaiYahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitlerhabis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judiamendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutamaYahudi Poland dan Rusia.

Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pastimemang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuhdengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yangmenentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikankilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterimaoleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutukoleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler,persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawaYahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman,mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919,walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal danhanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namunselepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isuanti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannyadan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan,beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisanbuku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yangdihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca darikejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalambuku tersebut.
Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudiadalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman,Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaanYahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yangke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secaraterpisah dari bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agardibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan denganGhetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehinggamenjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawaYahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. MakaYahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khashanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakatmempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samadakepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalamandengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalahmemang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkankehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah,tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidakdapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlahkemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan duniaamnya.
Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lamaberakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini.Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsaYahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.
Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiatYahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana merekaYahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.wpernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namunmereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkankerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah 'Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikankepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasanberagama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalampengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahuditerus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiranzionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan paranabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Punbegitu, Islam tidaklah pula menghukum secara 'borong' denganmenyatakan setiap individu yahudi itu jahat.
Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyaimerupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yangmulia bernama 'Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkantokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati.Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atasbahu orang lain.
Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun initidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalanganYahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganutIslam. Katanya:
"Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta.Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan.Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanyapendapat mereka mengenaiku". Maka Rasulullah pun menyembunyikannya danmenghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang.Rasulullah s.a.w bertanya mereka: "Apakah kedudukan Abdullah bin Salampada pandangan kamu?" Jawab mereka: "Dia orang yang terbaik dikalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami.Ulama kami, anak ulama kami". Sabda Rasulullah: "Apakah jika diamenganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?". Jawab mereka: "Allahlindunginya dari perkara tersebut". Sabda Rasulullah: "WahaiAbdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka". Abdullahbin Salam pun keluar dan berkata: "Aku menyaksikan bahawa tiada ilahmelainkan Allah dan Muhammad Rasulullah". Lantas mereka berkata: "Diaorang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang palingjahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang palingjahil". Kata Abdullah bin Salam: "Aku telah beritahu wahai Rasulullah!Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta". (Riwayat Ahmad danal-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi butaseperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihatYahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat,itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan.

KepercayaanHitler itu, mungkin ada benarnya..

Sumbangan : Nazri