Showing posts with label Panduan Anda. Show all posts
Showing posts with label Panduan Anda. Show all posts

Hubungi Ustaz Anda


Sejak awal tahun, ni makin ramai pengunjung blog "Bicara Taman Jawi Indah" bertanyakan bagaimana nak menghubungi ustaz-ustaz untuk dipanggil memberi kuliah/ceramah ditempat masing-masing. Pihak kami cuba sedaya mungkin untuk memberi info kepada anda. Bagi memudahkan anda semua yang setia dengan blog kami, berikut adalah senarai Nombor Telefon Para Ustaz dan Ilmuan yang tinggi ilmunya untuk dijemput ketempat tuan-tuan dan puan-puan semua :-

P/A Ustaz Azhar Idrus 019988 6160
Ustaz Dr Abd Basit Abd Rahman 0199441881
Ustaz Hanafi Abdul Malik 013668 2940
Ustaz Ghazali Ibrahim 019336 9949
Ustaz Dr Zahazan Mohamed 0193538554
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman 0192602700
Ustaz Mohamad Abdullah 0193641643
Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir 0192202355
Ustaz Dr Danial Zainal 019456 6580
Ustaz Rohidzir Rais 019545 2750
Ustaz Roslan Mohammad 012383 1963
Ustaz Mohd Amri Abdullah 0133735293
Ustaz Abdul Hadi Bakri 0124819378
Ustaz Halim Din 0122701066
Ustaz Fauzi Mustafa 0192661484
Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri 0126822797
Ustaz Sabri Omar 0177060489
Ustaz Shukri Ali 0139222670
Ustaz Mohd Nazri Mat Zin 0139207121
Ustaz Mohd Salahuddin Dato Mohamed DBP 0149693959
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman 0132570400
Ustaz Zamri Zainuldin 0192707303
Ustaz Dato Zawawi Jusoh 0193292757
Ustaz Zul Ramli 0132260018
Ustaz Syed Abd Kadir 0177770282
Ustaz Syed Nor Hisyam 0193310719
Ustaz Wan Akashah 0193576445
Ustaz Hasnil 0133974600
Ustaz Haslin 0126926446
Ustaz Jazlan   Adlan Abd Aziz 0197105167
Ustaz Badlishah 0139330660
Ustaz Dr Lokman Ibrahim 0139355277
Ustaz Dusuki Ahmad 013321 3775
Ustaz Abdullah Khairi 0194454544

Simpan nombor telefon ini untuk rujukan pihak tuan-puan bagi jemputan ceramah/program.
Boleh kongsi kepada mana-mana AJK Masjid/Surau/JKKK. Pihak kami mohon maaf jika nombor yang anda hubungi di atas sudah tidak digunakan lagi.

Terima kasih

Dua Marhalah!

















Satu marhalah ialah perjalanan orang dahulu dalam tempoh sehari atau semalam..  iaitu dlm lingkungan 12 jam..
Dua marhalah ialah perjalanan sehari semalam iaitu 24 jam..

Dua marhalah adalah bersamaan dgn 4 barid بريد.

Satu barid adalah bersamaan dgn empat farsakh.

Satu Farsakh adalah bersamaan dgn tiga Mil (ميل)

Satu mil bersamaan dgn empat ribu hasta

maka DUA MARHALAH adalah bersamaan dgn 48 MIL, atau 192 ribu hasta...

Satu hasta : 61.2sm
Satu Batu : 1848 meter.
Satu Barid bersamaan dengan 22.176 kilometer..

Maka DUA MARHALAH ialah bersamaan dengan 88.704 kilometer...

sementara dua marhalah bg mazhab hanafi ialah 96 kilometer...
wallahu a'lam...

Fadhilat membaca surah Al-Mulk


SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”

Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.” (HR At Tarmizi)
Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk. (HR At Tarmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk) (HR At Tabrani)
An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”
Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..



Tidur Cara Nabi

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih... kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.


Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN

Penipuan di Internet Menggunakan Nama Maybank!

Penipuan berlaku dengan pelbagai cara, secara sedar dan tidak sedar, sengaja dan tidak sengaja, secara online dan juga offline. Jadi awas jika anda menerima email-email yang meminta anda aktifkan akaun bank, atau pun masukkan id & password anda untuk tujuan keselamatan dan lain-lain. Jom kita baca apa email yang saya terima tu...


Minggu ni saja saya ada terima 3 email yang konon-kononnya datang dari pihak maybank mengenai akun maybank2u saya. Kononnya akaun saya telah dihentikan buat sementara waktu kerana ada cubaan login masuk oleh mereka yang tidak dikenali. Ia dihentikan atas tujuan keselamatan.

Email itu meminta saya aktifkan semula akaun tersebut. Ha, nak baca email yang original, ada kat bawah ni:

Dear Valued Customer,

Your account was suspension. An unauthorized transaction was attempted by an unknown user. We have suspended your account for security reasons. Your urgent attention is required to reactivate your account. Please be informed that your account will be closed if not activated now.

Proceed.
bm2unew.com/M2ULogin.htm

Maybank Berhad


Mengapa saya tak percaya:

1) Pihak maybank tak akan email kepada pengguna jika ada masalah pada akaun anda, biasanya mereka akan terus call.
2) Alamat sender sepeti berikut, Maybank Berhad
3) Yang paling nampak sangat tipu akaun M2U saya boleh masuk macam biasa, tak diberhentikan pun.

Jadi awas, jika anda juga dapat email seumpama ini.

Terima kasih

Doa Keselamatan Dari Wabak Penyakit.

Negara kita semakin meningkat statistik penularan wabak H1N1, amat membimbangkan. Mana-mana kita pergi ramai yg telah memakai topeng keselamatan untuk mencegah dari jangkitan. Saya temui doa mencegah wabak dari Dato' Hj. Mohd Murtadza Hj.Ahmad, Mufti Negeri Sembilan.





Mengapa YAHUDI Bijak!

Artikel ini ditulis oleh seorang yg telah berada di Israel. Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.


Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Essay nya hanyalah mengenai ‘Mengapa saya gemarkan tomato’!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah


Petua bernas dari Ustazah Siti Nurbahyah mengenai hubungan di dalam rumah tangga terutamanya hubungan suami isteri. Kaedah 8P ini amat mudah untuk kita ikuti, mungkin ada yang telah kita laksanakan tanpa mengetahui fadilat disebaliknya.

Kalau tak dapat buat 8 pun, hanya sebahagian darinya pun kira dah cukup baik sebagai permulaan. OK, jom kita selami apa dia 8P tersebut...



Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami .
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"



No Tel yang penting di Lebuh raya!

















Salam,

Jika anda diganggu atau ditimpa musibah di lebuhraya terus hubungi no no ini....walau bagaimana pun no 999 tetap boleh digunakan cuma no no tel ini terus ke kereta peronda....biasanya kalau kita call 999 dia org akan mintak no tel kita dan pusat operasi akan hubungi peronda dilokasi kita dan peronda akan hubungi kita melalui no no tel yg dibekalkan dlm kereta peronda....proses ini ambil masa hampir 15 minit....oleh itu terus jer call no no tel ini insyaallah mungkin peronda itu berada berhampiran kita.....print besar besar simpan dlm kereta atau save dlm handset kita.

Ni nombor nyer....

1. Bukit Kayu Hitam-Alor Setar-Sungai Petani - 013-3836002
2. Butterworth-Kulim-Bandar Baru - 013-3836003
3. Jawi-Changkat Jering-Ipoh - 013-3836005
4. Ipoh-Tapah-Tanjung Malim - 013-3837140
5. Tanjung Malim-Sungai Buloh-Bukit Raja - 013-3836009
6. Sungai Besi-Seremban-Ayer Keroh, Seremban-Port Dickson 013-3837144
7. Ayer Keroh-Pagoh-Ayer Hitam - 013-3837143
8. Ayer Hitam-Senai-JB, Taman Perling-Tg Kupang -0133836016
9. KL-Klang, Shah Alam-Nilai-Sepang - 013-3836017
10.Sri Petaling-Klang, Damansara-Puchong Sprint - 013-3836018 Link)
11.KL-Karak - 019-3244010

Catat, jangan tak catat.

Sumbangan : Man

Panduan Keselamatan Tayar Kereta Anda!

Salam semua,

Panduan ni amat penting, tapi biasanya kita tak ambil pusing sangat benda-benda macam ni. Baru ni, saya baru jer tukar tayar kete 2 biji, memang saya cek tarikh manufactured dia bila. Bila cek, hujung 2008, kira ok la...Sebab belum sampai 1 tahun pun tayar tu.

Kekadang, pernah sekali tu, (dulu la) bila nak tukar tayar, pomen tu ambik tayar stok lama, bila saya cek tayar tu dah dekat 3 tahun selepas manufactured. So, apa lagi suruh tukar yg. baru skit la. Kekadang, depa memang bagi tayar yg. lama, sebab nak habiskan stok lama dulu.

So, lepas ni, bila nak tukar tayar, tolong cek benda-denda macam ni noooooo....Sapa nak tukar tayar, tukar la ni, sebab harga dah jatuh skit. Jom kita tengok panduan kat bawah ni.



Sumbangan : Jalil

Doa Keluarga

















Dato dr.fazilah pernah berkata......." setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ mati ) ".........nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Assalammualaikum semua;

Berdasarkan Hadith Nabi :"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada )- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah-

Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulan:-

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, ilmu dsb nya..)

Terima kasih

Suambangan : Din

Semak Saman Anda Secara Online






















Salam semua,

Anda ada saman? Tak tahu, tak pernah cek saman? Ada saman ekor?

Macam-macam persoalan timbul mengenai saman. Tak pa, kalau anda pandu ikut undang-undang mungkin susah la nak kena saman kan. Ehm... Ok, kalau anda nak semak saman dengan mudah, caranya cuba semak melalui laman web JPJ. Kita dapa tahun sama ada ada saman ke tak, 2 saman ka, 3 saman ka.....

Macam mana nak semak ni, mudah ja. Klik link yang saya bagi kat bawah ni, masukkan pilihan anda sama ada nombor kereta, no.kp dam lain-lain dan klik butang SUBMIT. Lepas tu anda akan dapat tau ada saman ke tak.

http://jpj.myeg.com.my/PDRM/summons_enq_eng_New.jsp

Link kat bawah ni plak untuk anda cek sama ada anda pernah ada blacklist dengan Polis atau JPJ. Pun boleh semak secara online.

http://www.jpj.gov.my/blacklist/index.shtml

Apa tunggu lagi, jom kita semak saman...
Terima kasih.