Showing posts with label Kisah Lucu. Show all posts
Showing posts with label Kisah Lucu. Show all posts

Email Dari Syurga!





















Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlispengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemake-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya.

Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapatiibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.


Terima kasih

Kisah Suami, Isteri & Cermin


Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari mak anan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari mak anan dihutan. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari mak anan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..
Lepas berjumpa dengan mak nya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu mak nya pon masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. .

Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Sumbangan : Man

Kisah Bangla di Stesyen Minyak...



















Salam, kali kita tengok citer sempoi yang susah tapi tak menyusahkan orang lain, jomm...

Cerite brmula d satu station minyak. D station minyak nie ada 2 org pekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal. Pd satu arie berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak. Pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak d pam minyak tu dah abis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma tau omputih skit & bahasa arabnye ler..

Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham. Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..

Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie..

Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..
Majid: ala...ko cakap je la..minyak dah abih..
Iqbal: dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakap omputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..
Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih...
Iqbal: ala..ko tolong ler aku..
Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..

Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;

"Fuel!, Sodoqallah'hul. .azim", baruler..Pak Arab tu paham & teros blahhh...

KOMEN: MACAM MEMBACA MUQADAM PULAK EEKKK...???? HE..HE..HE..


Sumbangan : Man

Niat Besar Tapi Bajet Tak Der...

Over budget .................... Janji depan mau power !!!!!!!!!!!




















Mak oii... depan rumah.. cam rumah cerita-cerita hindi plak..





















Belakang rumah...hee..hee tak cukup budget pasal habis duit buat rumah depan...


Sumbangan : Man

Sama Tapi Tak Serupa...










Sama tak muka depa. Nampak macam adik beradik jaaa... Kalau nak tengok lebih clear, sila besarkan gambar dengan klik ja kat atas gambar tu, pastu tengok elok-elok. Adakah depa ni sedara-mara???

Haaa...haa...

Tak Sabar Nak Tidur???




















Salam semua,

Saya tak tau gambar ini diambil secara spontan atau memang hanya sekadar berlakon sahaja. Tapi kalau ia memang secara spontan, menunjukkan memang letih bebeno ler si pengantin lelaki ni buat persiapan sebelum kahwin sampai masa bersanding pun sempat lelap sekejab, siap ternganga mulut tuuu....

Agak-agak anda apa sebab dia tidur, apa komen anda...

Terima kasih

Harimau Yang Beriman...





















Alkisah....

Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.
Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.
Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa ...

"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Aminnnnn............ "

Aum...aum...

(Moral of the story : Harimau pun tau baca doa makan...)

Sumbangan : Din