Showing posts with label Rukun Tetangga. Show all posts
Showing posts with label Rukun Tetangga. Show all posts

Pembinaan Pondok Rukun Tetangga!

Assalamualaikum, terima kasih kepada kawan-kawan kita yang telah berjaya membina pondok RT walupun belum siap sepenuhnya.(Nak tumpang berteduh tu boleh dah).

Jika cukup peralatan dan barang2, rasanya dah siap dah haritu, tapi papan tidak cukup, jadi terpaksa ditangguhkan seketika. Berikut gambar yang sempat diambil, jom tengok...



























Gambar penulis tak ada dalam tu sebab penulis yg ambil gambar, rugi betoi jadi camera man ni...

Terima kasih

Mesyuarat Rukun Tetangga Taman Jawi Indah

Salam semua,

Semalam 12 Jan 2008, selepas Solat Isyak telah di adakan satu perjumpaan penduduk Tmn. Jawi Indah di Surau bagi membincangkan penubuhan Rukun Tetangga. Perjumpaan itu juga turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Keselamatan Sbr. Perai Selatan dan memberi sedikit taklimat mengenai penubuhan tersebut.



















Mesyuarat itu turut dihadiri oleh wakil kaum India dan Cina dan berlarutan hinggan jam 11.00 malam. Banyak perkara dan isu telah dibangkitkan dalam pertemua tersebut dimana masing-masing telah melontarkan idea masing-masing bagi menjayakan perlaksanaan rukun tetangga tersebut.

Kehadiran, MasyaAllah, amat memberangsangkan, penuh surau Tmn. Jawi Indah tu, rasa macam bulan posa plak nak solat tarawih...

Setelah selesai sesi taklimat oleh penolong pegawai, pengerusi surau, Ustaz Badaruddin telah mengetuai perbincangan dengan meminta senarai penama yang suka rela untuk membuat rondaan sebelum penubuhan rukun tetangga diluluskan. Alhamdulillah, ramai yang telah bagi nama dan harap semuanya berjalan dengan lancar.

Terima kasih penduduk Tmn. Jawi Indah.