Mesyuarat Agung kali ke-7 Surau Al-Mustaqim Taman Jawi Indah

Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi memberi kesempatan kpd kita semua, utk menikmati hidup di atas muka bumi ini dgn penuh rahmat dan hidayah.

Mesyuarat Agung kali ke-7 telah diadakan pada 26 Mac 2016, selepas solat Isyak di Surau TJI. Mesyuarat kali ini menekankan slogan yang amat baik untuk kita laksanakan iaitu:-

'Surau kita, tanggungjawab kita'.

Dimana ahli qariah/warga taman telah menunaikan sebagian dari tanggungjawab bermasyarakat, utk membuat pemilihan pentadbiran Surau Al-Mustaqim TJI utk dua tahun berikutnya.

Walaupun partisipasi dari warga taman agak kurang memberangsangkan (dgn jumlah kehadiran), biarpun info, alu-aluan dan promo majlis berkenaan telah diwar-warkan awal sebelumnya.

Apapun majlis berkenaan telah berjalan dgn lancar dalam suasana yg penuh kemesraan dan ukhuwwah jama'i, dlm menunaikan kifayah bagi sebahagian dari yg lain.

Mengamati perjalanan mesyuarat dari awal hingga hujungnya, secara pribadi ianya amat memuaskan.
Bermula dgn perasmian, pembentangan pergerakan surau dari sudut dan bahagian masing², serta pengurusan kewangan yg terperinci dan terkendali.

Ianya memperlihatkan bahawa pentadbiran surau bagi sesi yg lepas amat teliti, termonitor dan akauntabiliti. Dan ianya juga sbg gambaran simpulan yg kemas bagi menepis segala 'ribut di cangkir' dari sudut pandang yg jauh dan tersasar. Begitulah agaknya sebagaimana pernah diperkatakan oleh Imam al-Ghazali: "melihat itu lebih baik dari mendengar..."

Adapun sekiranya ternampak beberapa kekurangan dari pelbagai sudut, ianya adlh perkara biasa bagi setiap pentadbiran dan akan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Dimana input yg berguna dan bermanfaat serta sokongan dan dokongan dari pelbagai peringkat, amat digalakkan utk menggerakkan sebuah pentadbiran yg berfungsi demi kejayaan yg kita idamkan bersama.

Syabas... diucapkan kpd barisan pentadbiran sesi yg lepas, semoga Allah SWT menerima segala sumbangan dan gerakerja yg dilakukan tuan² sebagai amal kebajikan yg akan mendapat ganjaran di sisi-Nya.....amiin.

Dan tahniah juga diucapkan kpd saf kepimpinan STJI yg baharu, mudah²an pentadbiran dan gerakerja yg disusun atur utk masa hadapan akan mendapat pertolongan dari Allah 'azza wa jalla dan disokong bantu oleh seluruh warga taman yg budiman.... Berikut gambar2 yang sempat diambil...









0 comments:

Post a Comment