Keputusan Survey Rukun Tetangga TJI

Hampir satu tahun kita telah menjalankan SRS (rondaan sukarela) dan kini dah selesai penubuhan RT(rukun tetangga) Taman Jawi Indah, Alhamdulillah. Dalam jangka masa itu, kita dah cuba untuk mempromosikan RT ini untuk menjaga kepentingan & kebajikan keselamatan bersama, namum sampai hari ni masih ramai yang tidak secara sukarela membantu untuk berjaga malam menjaga keselamatan taman kita. Nak tahu apa kata servey...



Definisi

Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom. Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan di seluruh negara

Sejarah

Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat [2]. Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) [3] telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut.

Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.

Peranan

Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut.

Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.

Keputusan Survey

Dari survey yang dibuat mengenai RT

Adakah anda sanggup berjaga malam menyertai Rukun Tetangga untuk menjaga keselamatan Taman Jawi Indah?

71% - Setuju
18% - Tidak setuju
11% - Tak tahu


Rasanya 11% yang tidak tahu itu patutnya dah tahu dan dah menyertai RT.

Diharap semua mmeberi kerjasama dalam menjayakan RT Tmn. Jawi Indah

TQ

1 comment:

  1. insayallah tahun saya akan join sebab saya akan tinggal no 8, lorong 7 jawi indah

    ReplyDelete