Gotong-royong Surau Al-Mustaqim Taman Jawi Indah

Pada 6 Mac 2016, hari Ahad, surau Al-Mustaqim Taman Jawi Indah menganjurkan program gotong-royong membersihkan surau dan kawasan sekitarnya. Anggaran saya lebih 30 orang penduduk taman telah turun bersama-sama berganding bahu membersihkan surau kita. Pihak surau ingin merakamkan ribuaan terima kasih kepada tuan2 dan puan2 semua yang hadir utk sama2 bergotong royong pagi Ahad tersebut. Terima kasih juga kepada Pak Ya yg sponser mkn pagi nasi lemak dan  En. Amin kita yang spnser teh O + sirap lemon. Moga mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.

InsyaAllah, bulan Mei 2016 kita akan adakan lagi gotong-royong untuk mengecat surau kita, nak bagi ceria lagi sebab cat yang dok ada dah semakin pudar. Doakan sumber kewangan kita bertambah untuk kita jalankan aktiviti ini dan aktiviti yang lain dimasa depan. Sapa nak sponser dialu-alukan... 

Berikut gambar2 yang sempat disnap oleh jurukamera amatur...











Terima kasih semua...

0 comments:

Post a Comment