Penambahan 2 kuliah Bulan Mei 2016

Pada bulan Mei 2016 ni, kuliah Surau Taman Jawi Indah menambah 2 lagi kuliah Magrib iaitu Kuliah Fardu Ain untuk anak2 yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Saifuddin Mohd Husni dan lagi satu Kuliah Fiqh Sirah Nabawiyyah oleh Ustaz Azizi Ibrahim. Kitab yang akan digunakan ialah

 "Fiqh Sirah Nabawiyyah, Jilid 1", karangan Assyahid Ramadhan Albuti.



Untuk kuliah Fardu Ain, ia khas diadakan untuk anak-anak kita Taman Jawi Indah bermula selepas Magrib hingga Isyak, sekolah rendah, sekolah menengah boleh turut serta. Jemput semua mengimarahkan kuliah Fardu Ain tersebut. Moga anak-anak kita memahami asas Fardu Ain dengan lebih baik, InsyaAllah.

Jom kita ramai-ramai memenuhi taman-taman Syurga, penuhi taman syurga di dunia supaya kita dapat menduduki Taman Syurga di akhirat.

0 comments:

Post a Comment