Penipuan di Internet Menggunakan Nama Maybank!

Penipuan berlaku dengan pelbagai cara, secara sedar dan tidak sedar, sengaja dan tidak sengaja, secara online dan juga offline. Jadi awas jika anda menerima email-email yang meminta anda aktifkan akaun bank, atau pun masukkan id & password anda untuk tujuan keselamatan dan lain-lain. Jom kita baca apa email yang saya terima tu...


Minggu ni saja saya ada terima 3 email yang konon-kononnya datang dari pihak maybank mengenai akun maybank2u saya. Kononnya akaun saya telah dihentikan buat sementara waktu kerana ada cubaan login masuk oleh mereka yang tidak dikenali. Ia dihentikan atas tujuan keselamatan.

Email itu meminta saya aktifkan semula akaun tersebut. Ha, nak baca email yang original, ada kat bawah ni:

Dear Valued Customer,

Your account was suspension. An unauthorized transaction was attempted by an unknown user. We have suspended your account for security reasons. Your urgent attention is required to reactivate your account. Please be informed that your account will be closed if not activated now.

Proceed.
bm2unew.com/M2ULogin.htm

Maybank Berhad


Mengapa saya tak percaya:

1) Pihak maybank tak akan email kepada pengguna jika ada masalah pada akaun anda, biasanya mereka akan terus call.
2) Alamat sender sepeti berikut, Maybank Berhad
3) Yang paling nampak sangat tipu akaun M2U saya boleh masuk macam biasa, tak diberhentikan pun.

Jadi awas, jika anda juga dapat email seumpama ini.

Terima kasih

0 comments:

Post a Comment