Ceramah Ustaz Khairul dari Terengganu!

Ceramah bulanan diteruskan lagi pada bulan Mac 2011 dengan jemputan khas dari Terengganu, iaitu Ustaz Khairul atau nama lain Ustaz Budak Besar. Terima kasih kepada ustaz yang telah memberikan mutiara-mutiara ilmu kepada kami semua dan diharap dapat datang lagi ke Surau kami, InsyaAllah.

Terima kasih juga kepada AJK surau kerana telah bekerjasama bagi menjayakan majlis ini serta mereka yang menyediakan jamuan bihun, kuih-muih selepas ceramah. Semoga sumbangan anda mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

0 comments:

Post a Comment