Kalimah Allah Pada Daun Pisang!

Seorang peniaga di Tingkat Paya Terubong di sini terkejut apabila mendapati daun pada sebatang pokok pisang yang ditanamnya tertera perkataan Allah.

Siti Marsitah Sito, 44, memberitahu, seorang pelanggan yang sedang menikmati hidangan di gerai makannya minggu lalu memaklumkan penemuan itu kepadanya.

"Pelanggan itu pada mulanya berjalan-jalan melihat suasana di luar kedai.

"Ketika melalui sebatang pokok pisang bunga yang ditanam di dalam pasu, pelanggan berkenaan terkejut apabila mendapati terdapat perkataan Allah pada daunnya," katanya ketika ditemui di gerainya, di sini baru-baru ini.

Menurut Siti Marsitah, dia menganggap kejadian itu sebagai rezeki berikutan gerainya semakin ramai dikunjungi orang ramai yang mahu melihat sendiri keajaiban tersebut.

"Bukan penduduk di kawasan ini saja yang datang, malah penduduk dari kawasan lain turut datang untuk melihat,"

Itulah kebesaran Allah...

0 comments:

Post a Comment