Majlis Berbuka Puasa - Anjuran KRT

Surau Al-Mustaqim Taman jawi Indah menjadi lokasi majlis berbuka puasa anjuran KRT Taman Jawi Indah pada 27 Jun 2015 bersamaan 10 Ramadhan baru-baru ni. Terima kasih kepada penduduk yang hadir memeriahkan majlis tersebut, jangkaan yang hadir dalam lingkungan 70 orang lebih, Alhamdulillah. Majlis tahlil dilakukan sebelum berbuka puasa diketuai oleh Cikgu Jan kita. Lauk memang sempoi, daging masak hitam, ayam masak ros, nasi dan ada lagi,  memang terangkat, sapa tak mai rugi.

Terima kasih banyak kepada pengerusi KRT Tuan Jamal kita yang sudi menaja majlis berbuka puasa, semoga Allah merahmati beliau dan kita semua dalam bulan yang penuh barakah ni.

Jom kita tengok gambar yang sempat diambil semasa majlis tersebut;











Terima kasih

0 comments:

Post a Comment