Awas Nasi Kandar.





















Untuk makluman, Area Kulim ada kisah pasal nasi kandar ni...kisah benar oleh Pak Cik Mail Taman Selasih Kulim. Jalan Sungai Lembu...area ni memang banyak reban ternakan ayam, satu hari dia pi tahan 'denak burung Merbuk' kat kawasan belukar belakang reban ayam, lepas pasang 'denak', dia pun cari la tempat sembunyi yang strategik untuk intip 'denak'.

Waktu dok tunggu tu la dia nampak satu lori dari sebuah kedai nasi kandar (Dinas) kat kawasan Kulim masuk pi ambil ayam kat situ...yang mencurigakan tu pemandu lori ambil bakul ayam dalam keadaan tergesa-gesa dan lepas bayar terus keluar dari kawasan tu dengan segera...Pak Cik ni memang kenal penternak ayam ni (kaki burung jugak) jadi dia pun pi tanya la pasal apa lori nasi kandar tu nampak kelam kabut...penternak ayam tu pun beritahu lori tu datang ambil ayam yang dah mati kerana harga ayam mati (bangkai) jauh lebih murah dari ayam hidup. Patut pun...dan penternak tu pesan kat pak cik...'jangan kasi tau sama olang aaa'...

Lagi pasal penemuan stokin dan seluar dalam di dalam periuk gulai di kedai nasi kandar (kalau tak silap nasi kandar Pelita) sebelah balai Polis Kulim...dah memang amalan geng mamak untuk guna pelaris macam tu kot...tu pasal la diaorang tak bagi pelanggan ambil lauk sendiri...perasan tak mamak akan tambah kuah campur kat dalam nasi pelanggan...tak banyak sikit dia mesti nak bubuh jugak...yang orang melayu pulak dah tahu kedai mamak tu mahal, sembelih orang, pengotor dan macam-macam cerita yang tak elok tapi dok pi situ la jugak...heran-heran...

Kawan-kawan, kasi komen sikit pasai nasi kandar ni.

AWAS DAN BERHATI-HATI KALU NAK MAKAN DI KEDAI MAMAK...!!!

4 comments:

  1. boleh sahkan cerita nie atau hanya dapat emel berangkai. kalau tak betul sama seperti kita sendiri yang menyebar fitnah.

    ReplyDelete
  2. Bukan nasi kandar sahaja nak kena beringat. yang sebaik-baiknya bila makan kat luar tu tengok2lah dulu sekeliling dan bacalah apa yang patut. beringat sebelum kena...

    ReplyDelete
  3. Ini bukan fitnah, cuma sekadar berkongsi dan bertukar fikiran. Jika ada yang tahu cerita ni lebih detail, sila tampil dan kongsikan ilmu dan pengalaman anda.

    ReplyDelete
  4. ptut laaa sdap...

    ReplyDelete