TV AlHijrah - Pelancaran

Pada Tanggal 1 November 2010 bermulalah 1 perjalanan baru untuk 1 lagi stesyen televisyen baru negara kita iaitu Tv Alhijrah. TV alhijjrah ini sebenarnya akan memulakan sesi percubaannya di 5 buah kawasan terpilih iaitu kawasan Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.



Kalau nak tahu, TV Alhijrah ini stesen televisyen percuma terbaru yang berpusat dan bersiaran penuh dari Pusat Islam Kuala Lumpur. Apa yang menarik sekali yang dapat aried kongsikan dengan semua ialah TV Alhijrah juga boleh ditonton melalui internet serta telefon bimbit selain daripada siaran berbayar Astro! Menarik bukan?

Kepada seluruh rakyat Malaysia, untuk pengetahuan semua TV Alhijrah telah menyediakan rancangan-rancangan yang populor dan menarik dari seluruh dunia, seperti Last Queen Of The Earth (Iran), Bila Cinta Bertasbih (Indonesia), The Memories of Tomorrow (Japan), Half of Confession (Japan), Leaps & Bounds (Turki) serta Winky Horse (Belanda).

Siri Alauddin yang akan mengangkat drama tempatan pertama kali menggabungkan unsur sejarah Kesultanan Melayu serta penyebaran Islam yang dipersembahkan dalam bentuk CGI, Efek Khas, serat Kostum. Drama antarabangsa seperti King Farouq dan Saifullah Khaled Ibn Waleed dua siri drama terbaik Arab juga bakal menghiasi siaran TV Alhijrah.

TV Alhijrah turut menyiarkan berita konprehensif, dokumentari dalam dan luar Negara. TV Al hijrah juga akan menayangkan animasi kanak-kanak terbaik dari Les Copaque “Pada Zaman Dahulu” buah tangan kedua selepas siri popular Upin dan Ipin.

Apa yang paling penting disini ialah visi Tv Alhijrah ialah untuk menjadi penyiar yang memainkan peranan mendidik, menghibur dan menyatupadukan ummah.

Ini dapat dilihat dengan jelas melalui rancangan yang disusun dengan begitu baik sekali seperti rancangan hiburan kanak-kanak 3rd & Birds yang disiarkan setiap Isnin hingga Rabu jam 5 petang, Tareq wa Shireen yang disiarkan setiap Khamis dan Jumaat jam 5 petang. Ha, kalau nak tahu rancangan ini satu siri animasi yang istimewa, ianya sesuai untuk tontonan kanak-kanak yang ingin belajar asas Bahasa Arab. Mengandungi 13 tema berbeza dan dalam setiap episod, Tareq dan Shireen serta rakan-rakan mereka akan belajar pelbagai subjek sambil menyanyi dan mengunakan imaginasi. Menarik bukan!

Jadi, kita harap dengan kehadiran satu stesyen tv bercorakkan dakwah ini dapat kita sama-sama sokong dan yang pasti ianya bukan untuk kita sahaja tetapi untuk kemashlahatan masyarakat kita di Malaysia khususnya dan seluruh ummah umumnya.

Sama-sama kita nantikan Tv Alhijrah di kaca televisyen masing-masing.

0 comments:

Post a Comment