Puncak Gunung Jerai Telah Ditawan

Tarikh keramat 3 Februari 2011 telah memahat sejarah kerana 3 anak muda Taman Jawi Indah telah berjaya berbasikal menuju ke puncak Gunung Jerai. Wow! Amazing... Kami bertolak dari Jawi sekitar jam 5.30 pagi, berhenti solat subuh di Sg.Petani dan sampai di kaki gunung jerai sekitar 7.20 pagi. Sebelum mula, kami sarapan nasi lemak dulu. Nasi lemak di taja oleh En.Rodhi.

Tepat jam 7.55 pagi xpdc kami mendaki gunung jerai bermula dengan gaya kayuhan masing-masing. Sepanjang perjalanan menuju ke puncak, macam-macam berlaku antaranya rantai basikal Johar putus. Mujur la ada McGyver BUN yang telah menyambung semula rantai tersebut. Kemudian kami teruskan perjalanan, terjumpa 2 orang penunggang cina tersadai ditepi jalan, mengapa? Rantai basikal dia lekat celah spoket, tak boleh nak trik keluar.

So, apa lagi, kami berhenti dan cuba tolong apa yg patut. Lama jugak kami perosek basikal dia, akhirnya berjaya, perrrgh...memang power McGyver TJI ni. Kami tanya dia, awat time raya cina ni depa p kayuh basikal. Depa kata time cuti la nak kayuh, depa tak dak cuti.

Sekitar jam 11.00 pagi kami pun sampai dipuncak gunung jerai. Bajet nak sampai awal, tapi rantai basikal Johar putus, ditambah pulak tolong basikal 2 orang cina yang sangkut tu, jadi lewat jugak la sampai. Tak pa, misi kali ini completed.

Jom tengok gambar yang sempat dirakamkan...































Kepada cycler TJI yang lain, lepas ni ada lagi misi lain, sapa nak join nanti boleh. Bagi ramai skit.

Terima kasih

0 comments:

Post a Comment