Mesyuarat Agung Surau Taman Jawi Indah 2010

Alhamdulillah, mesyuarat agung kali ke-4 telah berjaya disempurnakan dan berjalan dengan baik sekali. Kehadiran juga menghampiri sasaran yang dijangkakan. Semua agenda dapat dibahaskan dengan baik dan tersusun.

Terima kasih tak terhingga kepada Pengerusi Masjid Lama Sungai Bakap Tn. Hj.Abdul Malik bin Awang, serta rombongannya kerana sudi hadir ke mesyuarat tersebut seterusnya merasmikan mesyuarat agung kali-ke-4 ini. Tercetus satu lagi lembaran baru antara Surau TJI dengan Masjid lama Sg.Bakap dengan kehadiran mereka bakal mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keduanya. (Macam bapa dengan anak la...)

Terima kasih juga kepada semua qariah TJI yang hadir dalam mesyuarat tersebut, bersama-sama meramai mesyuarat tersebut, mudah-mudahan Allah memberkatinya.

Ni jer gambar yang sempat diambil oleh Saudara Saipudin, tak sempat nak ambil sebab dia tu pencatat minit, nanti ambik gambar banyak, tak catat minit plak.




















Terima kasih juga kepada pihak penaja bihun sup (Cikgu Jan & Pak Tam), memang terangkat bihun tu, siap ramai yang bungkuih bawa balik. Mudah-mudahan Allah melimpah ruah rezeki mereka.

0 comments:

Post a Comment