Ceramah Dan Tabung Palestine Tmn Jawi Indah





















Assalamualaikum wbt,

terlebih dahulu tahniah kepada pengerusi dan AJK surau Al-Mustaqim Taman Jawi Indah kerana telah menjayakan program ceramah dan pelancaran Tabung Sumbangan Kemanusiaan Palestin. Program dimulakan sesudah solat Maghrib yang diimamkan oleh Ustaz Badaruddin, pengerusi surau Taman Jawi Indah.

Upacara dimulakan dengan ucapan serba ringkas tapi padat oleh pengerusi majlis, Cikgu Jan yang memperkatakan tentang pencabulan Israel terhadap hak-hak kemanusiaan.

Program diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rijaluddin Haji Yahaya yang memperkatakan tentang pengasas Hamas Sheikh Ahmed Ismail Yassin (1937 - 22 Mac 2004) seorang yang lumpuh kakinya akibat kemalangan sukan ketika usianya 12 tahun. Beliau dibunuh sesudah sembahyang Subuh oleh helikopter bersenjatakan misil Israel.

Ustaz juga menyentuh tentang Kitab Thalmud yang meletakkan Yahudi sama taraf dengan Tuhan, yang antara lain menghalalkan pembunuhan umat manusia selain Yahudi. Ustaz juga menyeru agar kita berjihad setidak-tidaknya dengan memboikot barangan yang mempunyai hubung-kait dengan Israel (sila rujuk lampiran terawal kami). Akhir sekali, ustaz secara rasminya melancarkan Tabung Sumbangan Kemanusiaan Palestin.

Kepada semua jemaah yang hadir, sumbangan anda bak kata ustaz Rijaluddin, "adalah 700 kali gandaan akhirat." InsyaAllah. Ini adalah salah satu pelaburan yang tiada tolok tandingnya.

Rakaman ceramah akan menyusul kemudian.

Sekian,Wassalam.

1 comments:

Post a Comment