Projek Pembangunan Lantai belakang Surau Bermula

Hari ni 9 Ogos 2016 bermula lah projek membina lantai bahagian belakang Surau Al-Mustaqim, memberi keselesaan kepada muslimat untuk solat dan menjalankan aktiviti. Dikhabarkan pada solat Raya Aidilfitri tahun ni, jemaah melimpah terutamanya kaum hawa, sampai tak cukup tempat. Alhamdulillah pihak surau telah merancang untuk menambah ruang kepada muslimat untuk solat, makan dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Peruntukkan ini sebahagiannya adalah dari YB kita dan sebahagiannya lagi adalah dari sumbangan tuan-tuan semua. Sumbangan dana ini masih dibuka dan jika tuan-tuan ingin menambah amal jariah, boleh lah bank-in di no. akaun tertera atau terus hubungi AJK untuk sumbangan. Bagi yang dah memberi sumbangan, moga Allah murahkan rezeki tuan puan semua dan memberi keberkatan.





Terima kasih semua

0 comments:

Post a Comment