Program Maulidur Rasul - Cukup Meriah

Pada 26 Februari 2011, Taman Jawi Indah (TJI) melakar sejarah dengan buat pertama kali menganjurkan Program Maulidur Rasul dengan jayanya. Bermula 25 Feb (Jumaat petang) telah mula aktiviti memasak, lepas magrib, ada kuliah magrib, kemudian aktiviti memasak dan persiapan lain diteruskan. Esoknya, ada kuliah subuh (ust.Bakri). Selepas kuliah subuh, makan pagi dengan menu bihun sup. Ramai dan meriah sungguh pada hari tu.

Kemudian, tepat jam 8.30 pagi upacara berjalan (belarak) dengan membawa banner dimulakan, dengan didahului oleh kumpulan lelaki dewasa, tadika nurul jannah, golongan wanita, kanak2 dan kumpulan kompang, pusing satu taman, cukup meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk TJI.

Selesai belarak, kumpulan marhaban dari Masjid Lama Sg.Bakap sampai dan mengadakan tahlil serta marhaban. Kemudian selesai marhaban, Ust.Wan Abdullah Sabil pun sampai. Beliau memberi ceramah lebih kurang 1 jam sehingga ke 12.35 t/h. Kemudian, semua hadiri makan tengah hari bersama-sama dengan menu nasi daging, chef diketuai oleh Pak Tam.

Tokok Maulidur rasul pada tahun ini 2 orang iaitu Pak Tam dan Nazir Surau TJI Tn.Hj.Said atau lebih mesra dengan panggilan Pak Cha'. Tahniah kepada mereka berdua.

Berikut gambar yang sempat dirakamkan sepanjang progrma ini.



































Terima kasih

0 comments:

Post a Comment