Saudara Jamal Kita Aksiden!

Salam semua,

Lebih kurang jam 4.00 ptg, 9 Julai 2010, aku ada call saudara kita Rodhi bertanyakan kisah persediaan skrin world cup malam final nanti. Beliau bagi tau bahawa ada berita yang tidak sedap telinga nak dengar mengenai salah sorang sahabat atau dengan kata lain orang kuat kita.

Siapa tu, tak lain tak bukan pengerusi KRT taman kita. Ni gambar dia, dibelakang tu motosikal dia...


Dia bagi tau bahawa Saudara Jamal telah aksiden motosikal di kawasan sungai Duri pagi tadi, on the nak hantar anaknya ke sekolah Tmn Widuri. Khabarnya tangan saudara kita tu patah, sebelah kiri dan anak lelaki beliau yang duduk di depan patah gigi 2 batang. Anak perempuan beliau pula bengkak kepala akibat hantukan yg kuat.

Katanya, beliau terlanggar pokok kelapa sawit yang tumbang ditengah jalan. Maklumlah sekitar 6.40 pagi, jalan tu masih gelap, tak nampak pokok yg melintang ditengah jalan.

Mujurlah tak teruk sangat aksidennya. Sekarang ni beliau berada di rumah beliau, dan kepada sesiapa yang ada kelapangan masa, boleh lah buat rombongan ke teratak beliau.

Kalau nak p tu, jangan la tangan kosong, bawak la pisang ka, anggur ka, rambutan ka sebagai buah tangan. Bukan apa, nak meraikan sahabat kita...

Terima kasih

0 comments:

Post a Comment