Penggunaan Kalimah Allah!


Salam,

Penggunaan kalimah Allah menjadi isu panas sejak 2-3 minggu lepas hingga ke hari ini. Apakah hukum bila orang kafir menggunakan kalimah Allah?


Saya sempat ke kuliah Mabrib bersama ust. Zulkhibri, dan beliau mengupas secara ringkas mengenai isu ini. Mengikut beliau, sejak dari zaman Rasullullah lagi orang kafir telah menggunakan kalimat Allah ini. Pada peringkat awal, penggunaan kalimah Allah ini adalah harus.

Contoh yang paling nyata ialah nama Saidina Abu Bakar sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdullah dan ramai lagi kaum kafir mempunyai nama Abdullah. Perhatikan, pada nama mereka sahaja telah ada kalimat Allah. Jadi ia bukan menjadi perkara ganjil kepada mereka dan ia bukan tujuan untuk menghina kesucian agama islam.

Cuma apa yang berlaku sekarang ini ialah, penggunaan kalimah Allah itu adalah mempunyai tujuan tertentu untuk kepentingan pihak tertentu. Jika penggunana kalimah tersebut untuk mencabar kesucian agama islam, ia jelas dilarang dan umat islam wajib mempertahankannya.

Apa yang menghairankan ialah, ketua hakim negara mempunyai kuasa untuk melantik hakim bagi membicarakan kes ini, tetapi kenapa ia melantik hakim bukan islam, yang ternyata tidak ada kefahaman islam.

TQ

0 comments:

Post a Comment