Gotong-royong buat bubur lambok

Seperti biasa dengan ramadhan sebelum ni, aktiviti gotong-royong buat bubur lambok tiap-tiap tahun kita buat. Macam tu lah tahun ni pada 11 Julai 2015 baru ni, gotong-royong memasak bubur lambok di adakan di Surau TJI yang diketuai oleh chef kita Ust. Jalil dan Ust. Syed. Ramai jugak yang datang membantu sama-sama potong bawang, tolong sembang, tolong ambik gambar, tolong pelekat api dan macam-macam. Terima kasih pada semua yang datang membantu, termasuk Cikgu Bahar yang sponser 2 pokok daun pandan, (aku pi cantas daun pandan rumah dia.).







Sambil-sambil dok tunggu bubur tu nak mendidih, daripada dok saja, depa tolong kira duit tabung dengan duit syiling sekali, tu diaaa....


Tengah dok kira duit syiling tuuu...tiba-tiba mai sebijik myvi merah, sapa dia? Dia mai tak tau dari mana bagi salam, nak mintak sumbangan. alamak orang arab daaa....sapa nak reti cakap ni. Rupanya mereka tu mai dari Khasmir, mengumpul dana untuk pembinaan masjid dikawasan mereka. Memang tepat la masa depa mai kami dok tengah kira duit. Tapi nak sembang tak faham, mujur time tu Ust Fitri sampai, apa lagi terus serah majlis pada ustaz fitri laaaa....




Terima kasih pada semua yang datang membantu gotong-royong pada hari tu, bubur lambok rasa memang sempoi. Moga Allah memberi hidayah dan keberkatan kepada kita semua, aminnnn....

0 comments:

Post a Comment