Malam Nisfu Sya'ban, Sama-sama Ambil Kesempatan!

Assalamualaikum w.b.t...Untuk makluman, sekadar ingat mengingatkan! Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.


Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d
ida lam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke
langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku
perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku
ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan
diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang
berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban
kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita
derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

Mike Tyson Pun Dah Pergi Umrah!


Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.
Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad


Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.

Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah.

Saudara Jamal Kita Aksiden!

Salam semua,

Lebih kurang jam 4.00 ptg, 9 Julai 2010, aku ada call saudara kita Rodhi bertanyakan kisah persediaan skrin world cup malam final nanti. Beliau bagi tau bahawa ada berita yang tidak sedap telinga nak dengar mengenai salah sorang sahabat atau dengan kata lain orang kuat kita.

Siapa tu, tak lain tak bukan pengerusi KRT taman kita. Ni gambar dia, dibelakang tu motosikal dia...


Dia bagi tau bahawa Saudara Jamal telah aksiden motosikal di kawasan sungai Duri pagi tadi, on the nak hantar anaknya ke sekolah Tmn Widuri. Khabarnya tangan saudara kita tu patah, sebelah kiri dan anak lelaki beliau yang duduk di depan patah gigi 2 batang. Anak perempuan beliau pula bengkak kepala akibat hantukan yg kuat.

Katanya, beliau terlanggar pokok kelapa sawit yang tumbang ditengah jalan. Maklumlah sekitar 6.40 pagi, jalan tu masih gelap, tak nampak pokok yg melintang ditengah jalan.

Mujurlah tak teruk sangat aksidennya. Sekarang ni beliau berada di rumah beliau, dan kepada sesiapa yang ada kelapangan masa, boleh lah buat rombongan ke teratak beliau.

Kalau nak p tu, jangan la tangan kosong, bawak la pisang ka, anggur ka, rambutan ka sebagai buah tangan. Bukan apa, nak meraikan sahabat kita...

Terima kasih

Speed Internet Anda Ada OK?

Minggu lepas wireless router aku rosak, terpaksa pakai cable untuk layari internet. Sebelum ni aku guna AZTECH wireless G router + modem. Rupanaya ada hikmah bila ia rosak.

Aku telah menggantikan router yg rosak tu dengan Wireless router TP-LINK N 300 Mbps, memang ketara juga speed kalau nak dibandingkan dengan speed sebelum ni. Aku ada buat test speed....


Berikut result testing speed yang telah dibuat.

http://www.speedtest.net/









Streamyx Speedometer

Cuba la test tengok, speed kor orang nyer internet. Kalau rasa slow, tukar le kepada wireless N 300 mbps, baru nampak perbezaan nyer...