Mukjizat di sebalik BISMILLAH


Salam semua,

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Sumbangan : Din

Mengapa Air Mineral Penting??


























Apakah sumber kecantikan yang paling efektif di dunia? Jawapannya adalah segelas air kosong yang anda minum setiap hari. Air kosong dapat membantu anda mendapatkan tubuh yang kekal langsing, kulit yang cerah, serta bebas dari jerawat. Tetapi sayangnya, tidak ramai yang mempraktikkan amalan meminum air kosong ini terutamanya mereka yang sudah biasa minum minuman bergas dan minuman bergula. 8 gelas air kosong sehari boleh mengembalikan kesegaran tubuh.

Jadi, jika anda inginkan wajah yang berseri dan badan langsing, air kosong harus dimasukkan dalam ‘menu wajib’ anda. Anda boleh mempelbagaikan cara pengambilan seperti berikut :

1. Ketika bangun pagi, campurkan air kosong panas dengan perahan limau nipis atau lemon. Minum dan anda akan merasakan kesegarannya.
2. Pesanlah air mineral ketika anda makan di gerai atau restoran. Hindari soda atau air berkarbonat yang boleh menggemukkan.
3. Untuk kesegaran, tambahkan daun pudina, hirisan buah limau atau halia pada air kosong anda. Rasanya juga pasti berbeza.
4. Ketika cuaca sejuk, air kosong panas yang dicampurkan dengan madu dan lemon sudah cukup untuk memanaskan badan anda.

Kenapa Anda Perlu Minum Air?

Kita semua memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Air bagi memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 55 hingga 75 peratus tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup hingga 70 hari tanpa makanan tetapi hanya bertahan hingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air.

Ini bermakna air sangat penting untuk kehidupan. Air juga penting sebagai ajen yang membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh, membantu penyerapan makanan selain memastikan tahap suhu badan keadaan stabil. Untuk sihat dan terhindar daripada penyakit, paling baik minum lapan gelas air dalam sehari. Yang baik adalah air suam, iaitu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, minumlah dua gelas besar 1-2 jam sebelum sarapan, dua gelas besar 1-2 jam sebelum makan tengahari, dua belas besar 1-2 jam sebelum makan malam dan dua gelas besar 1-2 jam sebelum tidur malam. Lakukan secara disiplin, maka hasilnya akan terlihat dalam 2-3 bulan kemudian.

Air adalah keperluan kedua setelah udara bagi TUBUH anda!

Tubuh kita terdiri daripada 75% air dan 25% zat padat. Pernafasan dan perkumuhan dari badan akan melibatkan sebanyak 3 liter air sehari digunakan. Ini bermakna badan kita mengeluarkan lebih daripada 10 gelas air dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu mengembalikan semua air dalam badan secara teratur agar dapat mengekalkan paras air dalam badan. Ia sekaligus memastikan kesihatan sentiasa pada tahap optimum.

Berapa banyak yang seharusnya kita minum?

Dua liter air adalah jumlah minimum yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Ini bermakna kita memerlukan lapan gelas besar air. Jika anda tinggal di kawasan yang bersuhu tinggi (panas) dan banyak melakukan aktiviti fizikal, maka anda memerlukan lebih dari lapan gelas air sehari.

Air dalam makanan kita

Kebanyakkan makanan yang kita ambil mempunyai ‘kandungan air yang rendah’ atau ia hilang ketika proses memasak. Jesteru, dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar (yang memiliki kandungan air yang tinggi) maka anda akan memperolehi sehingga lebih daripada satu liter air. Air yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran juga mempunyai pelbagai mikronutrisi yang mudah diserap oleh tubuh kita.

Melancarkan sistem penghadaman

Air membantu memindahkan zat-zat makanan melalui aliran darah ke seluruh bahagian tubuh yang memerlukan. Malah zat-zat makanan yang larut dalam air dapat diserapkan oleh air. Malah air memudahkan proses perkumuhan. Kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit. Air dapat membantu melancarkan sistem penghadaman dan melawaskan proses pembuangan. Membantu menurunkan berat badanAir juga dapat bertindak sebagai penahan nafsu makan secara semulajadi. Cukup dengan mengambil segelas air setiap kali anda berasa lapar.
Kekurangan air menyebabkan anda makan secara berlebihan. Ini disebabkan mekanisme nafsu makan semakin meningkat ketika anda benar-benar kekurangan air. Semakin sedikit kuantiti air yang diminum, semakin banyak tubuh kita mencuba menyimpannya untuk penggunaan nanti. Hasil dari penahanan air tersebut menyebabkan penambahan terhadap ukuran pinggang.

Bebas dari penyakit batu karang

Batu karang terjadi ketika sisa bahan yang tidak terpakai atau komponen lain yang melalui buah pinggang bergabung dengan komponen sampah yang lain. Maka terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar batu jika kekurangan air. Jika kita banyak minum air, kerikil tersebut akan disingkirkan oleh air.

Sumbangan : Din

Ferrari Superbike!
























Penduduk TJI, jom order sebijik... Kot Bun ka, Nasir ka, Nazri ka order, boleh aku pinjam sat bawak p main badminton ka, ronda RT ka...

Roti High 5 & Coca Cola HARAM!





















Salam semua,

JAKIM & PPIM dah sahkan roti "HIGH 5" dicampur minyak BABI dari Jerman hari ini. Boleh rujuk Malay Mail 7 SEPT 2006. Bukan takat roti jenama hi-5 tapi semua keluaran Silver Bird Group Berhad, parent company depa. Silver birds juga bekalkan produck utk syt direct selling cosway! Yang paling tak syok, fatty chemical depa import dari Israel jenama "Dobor"!

Selain daripada itu, AIR COCA COLA JUGA MENGANDUNGI 1% ALKOHOL DAN MENGANDUNGI PORK (PIG) EXTRACTS)..PROVEN!!! (BOLEH RUJUK BUKU HALAL HARAM KELUARAN PPIM M/S 176 DAN MUSLIM FREE PRESS 14 NOV 2007 ...

Lepas ni jangan la beli lagi roti High 5 & Coca Cola tu, cari la yang lain...

Terima kasih

Expidisi Mencari Tongkat Ali

Salam semua,

Pada 22 Mac 2009 adalah hari paling sejarah dalam hidup kerana telah berjaya menjejaki sendiri pokok Tongkat Ali dalam hutan rimba di atas bukit dekat Relau P.Pinang. Wow...satu pengalaman yang amat menyeronokkan.

Sebelum ni cuma dengar cerita pasai Tongkat Ali cam tu jer, tak pernah tengok pun, apatah lagi nak kenal rupa paras pokoknya, lagi la tak pernah.

Sebelum ni dok makan pil Tongkat Ali yg. telah di tabletkan jer, tak pernah makan yg. original, akar yg. asli. Tapi, semalam, dah berjaya masuk hutan dan cari pokok tu sendiri. Rupanya bukan senang nak cari pokok tu, hampir 20 minit mencari dalam hutan tu, setelah jumpa tapak pelanduk, selepas jumpa laluan babi hutan 2 kali dan terserempak dengan tedung selar semasa dalam perjalanan, baru berjaya jumpa 1 pokok Tongkat Ali, tu pun kecik jer.

Walau pun kecik, nak cabutnya bukan senang, sebab akar tunjang dia panjang ke dalam tanah. Kena bagi yang pakar baru boleh cabut. Tapi, saya dapat jugak cabut 1 pokok, jadilah....
Bermula jam 9.00 masuk hutan sampai lebih kurang 12.30 t/h, lebih kurang 3 jam, kami berjaya jumpa 5 pokok Tongkat Ali termasuk yang kecil/anak pokok.

Satu anak pokok Tongkat Ali saya cabut dan cuba tanam kat rumah, kot-kot tumbuh, nanti tak payah dah masuk hutan. Orang kampung Relau tu kata boleh hidup, cuba jer lah...

Kat bawah ni ada gambar, jom kita tengok...




















































Esok baru nak potong akar tu dan nak jemur, pastu baru campur dengan air panas dan minum parti yang asli...mesti powerrrr....

Terima kasih

Teh Cap Masjid Bukan Milik Bumiputra..


Teh Cap Masjid adalah bukanlah pengeluaran Bumiputera. Nampaknya kita tertipu dengan penjenamaan. Selain menggunakan jenama cap Masjid, nama teh tersebut pun menggambarkan seperti ia adalah keluaran orang Islam iaitu dengan perkataan "Guru" iaitu Teh Guru Cap Masjid.

Selain dari mengelirukan dari aspek penjenamaan, syarikat tersebut juga cuba menipu dengan menggunakan pewarna.
Umat Islam lambat sangat nak keluarkan produk sendiri sehingga bangsa lain mengambil kesempatan kerana prospek benefit yang diaorang dah nampak. Rakyat beragama Islam di Malaysia adalah yang tertinggi dan semestinya mempunyai permintaan yang tinggi juga terutama bab makanan.

Kisah tasbih, sejadah, kopiah buatan China yang berada di Mekah mungkin boleh diterima lagi kerana kemungkinannya di buat oleh orang Islam China dan sudah semestinya ia bukannya makanan.
Ini dikenalpasti apabila pemilik syarikat pengeluar Teh Cap Masjid dihadapkan di Mahkamah Majistret Selayang 14 Feb atas dua tuduhan menggunakan bahan pewarna dalam serbuk teh yang dikeluarkan pada 13 Oktober 2005.

Teh Wangi Ros Sdn. Bhd. yang beralamat di No 371, Jalan 20, Taman Ehsan Jaya, Batu Caves dekat sini didakwa melanggar Peraturan 260(3) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana serbuk teh tidak boleh menggunakan apa-apa bahan pewarna.

Mengikut dakwaan, dua pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak membuat pemeriksaan ke premis kilang dan mengambil dua sampel iaitu Teh Guru Cap Masjid dan Teh Guru Cap Masjid (pek baru).

Pengurus syarikat, Lee Chooi Moi, 40, yang hadir membuat pengakuan tidak bersalah memohon masa perbicaraan untuk melantik peguam.

Entah berapa banyak lagi agaknya jenama yang seakan kemelayuan dan keislaman tetapi sebenarnya adalah kepunyaan orang bukan Islam di Malaysia.

Sumbangan : Din

Ceramah Maulidur Rasul di Masjid Sg.Duri



























Hampir penuh kariah memenuhi Masjid Sg.Duri sempena ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Shahul Hamid yang datang jauh dari P.Pinang pada 16 Mac 2009. Banyak perkara diperkatakan semasa ceramah tersebut antaranya ialah penggunaan produk buatan islam dan bukan islam.

Dalam ayat yang mudah, kita perlu menjaga makanan jika benar-benar mahu mengikut Nabi Muhammad S.A.W. Jangan makan makanan buatan orang kafir, jangan minum minuman buatan orang kafir, semasa beli barang dikedai, semak dulu ada logo halal atau tidak dan sebagainya.

Kesimpulannya, perlu peka kepada produk buatan islam dan bukan islam sementara membantu meningkatkan ekonomi umat islam.

Kat bawah ni beberapa produk yang kita rasakan buatan orang islam tetapi sebenarnya bukan:

1) Ubat gigi Zaitun dan semua produk keluarannya.
2) Ubat gigi Safi dan semua produk keluarannya.

Produk yang memang buatan orang islam ialah produk keluaran HPA, boleh rujuk di sini...

Terima kasih

Air Sembahyang


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka,berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.. Hantar e-mail ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana Allah..

Wasallam.

Penjelasan Prof Agus Mengenai Komennya Yang Banyak Tercicir

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok baru-baru ini adalah satu perkembangan politik yang luar biasa di Malaysia. Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff, adalah antara banyak pihak yang dihubungi oleh media untuk memberikan komennya. Bagaimanapun, komen Agus yang sepenuhnya tidak disiarkan oleh pihak media. Ini menyebabkan Agus dilanda kontroversi.

Di bawah ini adalah kenyataan penuh Agus yang diemailkan kepada blog ini untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga kekeliruan sebelum ini difahami oleh semua pihak, di manakah silap dan puncanya.



Assalamualaikum wrth,

Terima kasih kerana telah dua kali berturut-turut dalam dua minggu ini laman blog Datuk menulis nama saya dan mengulas pandangan saya tentang isu politik semasa. Pertamanya, ulasan terhadap ranacangan Hujah di TV9 antara Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dengan Tan Sri Isa Samad. Keduanya, ulasan Datuk tentang pandangan yang saya berikan kepada wartawan mengenai kesahihan persidangan DUN Perak di bawah pokok -- yang Datuk namakan 'pokok demokrasi.'
Pertama sekali, perlu saya nyatakan bahawa saya tidak ingat kepada wartawan dari akhbar atau stesen TV manakah yang saya katakan bahawa sah sidang DUN diadakan di atas pokok. Ini kerana pada hari itu, terlalu ramai wartawan yang menghubungi saya untuk bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan dengan perkembangan politik semasa.

Kedua, saya mengaku saya berkata bahawa sah diadakan sidang DUN, bukan sahaja di bawah pokok, tetapi juga di atas pokok. Kepada wartawan yang sama juga saya jelaskan beberapa perkara berkaitan dengan rasa isi saya tentang politik supaya dituliskan, jika boleh, kerana saya sedih melihatkan krisis politik yang berlaku. Namun, apa yang saya katakan kepada wartawan berkenaan tidak dimasukkan secara sepenuhnya, melainkan disensasikan dengan satu kenyataan -- SIDANG DI ATAS POKOK PUN SAH.

Saya memang menyatakan sidang sah diadakan di mana-mana, tapi dengan tiga syarat utama seperti berikut:

(i) sidang itu mengikuti Peraturan Tetap Dewan;
(ii) sidang tersebut mengikuti undang-undang Tubuh Negeri, dan
(iii) sidang berkenaan ditetapkan oleh Speaker. Malangnya, ketiga-tiga syarat yang saya nyatakan ini tidak dilaporkan oleh pihak akhbar.

Saya juga ditanya oleh pihak akhbar, adakah perkenan Sultan diperlukan? Saya jawab, perkenan Sultan adalah wajib sekiranya sidang lepas adalah prorogue (dihentikan) , tetapi, tidak perlu sekiranya sidang lepas 'was adjourned' (ditangguhkan) . Hal ini dilaporkan oleh media berkenaan.

Selepas itu saya ditanya, sah atau tidaknya persidangan tersebut? Saya jawab persoalan ini sukar untuk dijawab dalam bentuk afirmatif kerana ia sudah menjadi satu krisis politik dan bukan lagi undang-undang. Jadi, payah untuk diselesaikan secara undang-undang, melainkan melalui penyelesaian politik. Alasan saya ialah, sekiranya melalui tindakan undang-undang, kedua-dua pihak yang bertelagah sukar untuk menerima keputusan mahkamah. Maksudnya, jika mahkamah memutuskan PR yang menang, maka BN sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Sekiranya mahkamah memutuskan BN menang, PR pula sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Maka konflik ini berterusan. Dan ini tidak baik untuk mahkamah, untuk rakyat dan untuk kestabilan politik negara.

Atas alasan itu, saya pun menyatakan rayuan saya supaya kedua-dua pihak yang bertikai dalam krisis ini mengambil dua pendekatan utama (kenyataan saya ini langsung tidak dilaporkan). Pertama, berunding dan bersedia untuk berkompromi dengan apa cara sekalipun untuk membentuk kerajaan gabungan dengan melupakan segala sejarah pahit antara hubungan mereka. Kedua, menyatakan bahawa pemimpin politik perlu berjiwa besar, berunding bersama-sama dan kedua-duanya sekali -- YAB Dr Zambry dan YAB Ir Nizar mengadap Tuanku Sultan memohon perkenan baginda untuk memperkenankan pembubaran Dewan.

Dalam percakapan telefon dengan pihak akhbar tersebut juga, saya tegaskan apapun keputusan DUN dan perundingan antara BN dan PR, DUN tidak akan terbubar kecuali dengan perkenan Tuanku Sultan atau telah tamat tempohnya selama lima tahun.

Begitulah antara lain, inti percakapan telefon saya dengan wartawan tentang krisis di Perak ini. Tapi, betul seperti Datuk kata, ia telah disiarkan dalam bentuk laporan terpilih yang mungkin tidak disengajakan. Apapun, kesannya tentu tidak baik kepada saya. Tidak baik kerana ia tidak menggambarkan hasrat sebenar saya untuk memberi pendidikan politik kepada rakyat. Tidak baik kerana ia tidak melaporkan pandangan sebenar saya supaya pemimpin politik kita -- sama ada dari BN atau PR -- berunding bagi membincangkan pendekatan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini.

Jadi, apa yang perlu saya buat? Saya memilih untuk tidak berkata apa-apa, melainkan tadi pagi saya bercakap dengan wartawan NST untuk menagdu hal tentang statement saya yang dikeluarkan secara tidak lengkap. Saya juga memberitahu kepada dua kenalan rapat saya (orang politik) mengadu hal tentang isu ini yang sudah terlalu banyak dikupas oleh pemerhati, ahli akademik, peguam dan orang politik sehingga ia sudah menjadi semakin kompleks.
Sebenarnya, saya berbuat demikian kerana saya bimbang sekiranya krisis ini berlanjutan, ahli politik akan lupa untuk memberikan keutamaan kepada krisis ekonomi yang kita hadapi. Saya bimbang sekiranya kita terus berpolitik mempertahankan pandangan parti masing-masing, rakyat akan terabai dan kesejahteraan negara terjejas. Saya cukup bimbang tentang hal ini sekiranya ia boleh menjejaskan kestabilan yang kita nikmati.

Menariknya, apabila pandangan 'atas pokok saya' disiarkan, sesetengah blog -- ada yang memuji dan ada mengeji saya -- memetik dan menyiarkan kenyataan saya ini. Dengan itu, saya dapati bahawa hasrat asal saya untuk memberikan pandangan 'to educate' orang kita tentang politik supaya 'berbaik dan bertenang' sudah menjadi sebaliknya. Ini semata-mata kerana laporan terpilih yang Datuk maksudkan itu.

Tidak mengapalah soal saya dipuji atau dikeji. Itu hal yang kecil, tapi yang pastinya, saya harap Datuk sendiri, sebagai seorang bekas pemimpin UMNO, perlu memainkan peranan bukan lagi untuk mencurahkan api kepada keresahan rakyat, tapi jadilah sebagai pembimbing yang boleh membawa ketenangan kepada suasana politik yang panas hari ini.

Saya tidak boleh berperanan seperti Datuk kerana saya tidak mempunyai blog sendiri dan belum lagi berhasrat untuk mempunyainya. Saya juga tidak berhasrat untuk menjadi orang politik, dan seboleh mungkin sehingga ke tahap ini, saya hanya mahu menjadi pengulas politik yang memberikan pandangan politik berdasarkan ilmu yang saya punyai.

Kepada Datuk dan juga untuk peringatan kepada diri saya sendiri, satu perkara yang perlu kita ingati ialah pesanan Voltaire, ahli falsafah Perancis yang terkenal. Kata beliau, kesilapan kita ialah kerana "kita tidak belajar dari sejarah (baca: pengalaman)."

Sekian, terima kasih.
MOHAMMAD AGUS YUSSOFF

Test Kelajuan Internet Anda!



Ni kelajuan internet di USM, laju giler sampai out speedometer tu....
Sapa nak test speed internet dia, klik atas gambar ni, pastu pilih negeri.
Testing ni termasuk upload & download speed.

Test jgn tak test.

Apa Yang Ada di dalam KAABAH?

Apa ada dalam ka'bah ya? Ramai dah tertanya-tanya. Baiklah, di bawah ini disenaraikan antara yang ada dalam ka'bah secara ringkasnya..

1) Wangian yang amat harum, campuran dari kasturi, 'anbar dan 'ud yang digunakan dalam jumlah yang banyak setiap kali Ka'bah dibersihkan dan digunakan sepanjang tahun.

2) Ditutupi lantainya berwarna putih di tengah, sementara hitam di bahagian tepinya, dan menaik ke tepi sehingga setinggi 4 meter, tanpa menyentuh dinding asalnya. Adapun dinding asalnya pula setinggi 5 meter lagi selepas dari dinding tadi, dan ditutup pula dengan kain berwarna hijau atau langsir berwarna ros, dihiasi dengan Ayat Al-Quran yang ditulis dengan perak. Selain itu terdapat juga di lantainya tanda tempat sujud Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan juga multazam, di mana beliau melekatkan perut baginda yang mulia serta pipi kanan, lalu mengangkat tangan dan berdoa.

3) Terdapat 3 batang tiang kayu yang diukir dengan begitu cantik, untuk menyokong bumbung. Tingginya lebih kurang 9 meter.





















4) Beberapa buah lampu pelita dari tembaga, kaca dan perak yang diukir padanya Ayat suci Al-Quran. Ia wujud sejak zaman Utsmani lagi.

5) Tangga yang dapat dipanjat sampai ke atapnya dibuat dari aluminium dan kristal.

6) Beberapa kepingan batu bekas tinggalan setiap zaman yang ada pembaikpulihan ka'bah.Selain itu kadangkala terdapat alat pengangkut ke atas (man-lift) untuk kerja-kerja pembersihan ka'bah, selain alat-alat untuk membersihkan ka'bah.
























Pembersihan ka'bah yang mulia di sebelah dalam pula dilakukan sekali setahun. Pertamanya dibasuh dengan air dan sabun. Kemudian disapukan seluruh dinding dan lantainya dengan wangian dari setiap jenisnya dan dibakar bukhur yang terwangi dan terbaik.


















Secara detailnya dapat dirumuskan bahawa:Di dalam Ka`bah terdapat 3 buah tiang yang dibuat daripada kayu dan besarnya kira-kira ½ meter, berwarna merah kekuningan. Menurut sejarahnya, tiang itu dipasang oleh Abdullah bin Zubair r.a. ketika beliau membangun kembali Ka`bah pada generasi yang kesepuluh pada tahun 64-65H, bertepatan dengan 683M.

Lantai Ka`bah adalah marmar putih dan hanya sedikit yang berwarna lain. Dindingnya marmar berwarna, dihiasi dengan ukiran-ukiran dan pahatan yang indah. Bahagian atas Ka`bah ditutup dengan kain sutera berwarna merah mawar, dihiasi dengan tulisan yang dengan benang putih dan bentuk huruf د(dal) atau angka lapan Arab ( yang ertinya “Mahasuci Allah dan Segala Puji Baginya, Mahasuci Allah yang Maha Agung"Di samping itu terdapat bundaran-bundaran yang masing-masing bundaran itu tertulis kata-kata yang ertinya “Wahai yang Maha Penyayang, Wahai yang Maha Kuasa, Wahai yang Banyak KurniaNya, Wahai yang Maha Suci"

Kain penutup atas Ka`bah (sitarah) dibuat pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan pada tahun 1290H. Baik pintu Ka`bah maupun pintu untuk naik ke loteng (sutuh) ditutup dengan kain sutera hitam, disulam dengan benang emas.Diantara 3 tiang besar dipasang kayu penyangga yang melintang dari utara ke selatan, tingginya kira-kira 2/3 tinggi Ka`bah. Di sana digantungkan beberapa kandil, lampu beraneka ragam dan barang-barang berharga, terbuat dari emas dan perak, hadiah yang diterima Ka`bah sejak zaman dahulu yang sudah merupakan hak milik Ka`bah.

Diriwayatkan bahawa tanduk kibasy milik Nabi Ibrahim a.s. pun dulunya disimpan di dalam Ka`bah. Namun kerana Ka`bah pernah mengalami kebakaran iaitu pada hari Sabtu tanggal 3 Rabiul Awal tahun 64H, maka tanduk kibasy itu telah menjadi abu dan sekarang tidak dapat ditemukan lagi. Pada dinding Ka`bah terdapat 7 buah kepingan batu mammar bertulis. Semua tulisan dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Keterangan ringkas mengenai ketujuh marmar itu adalah seperti berikut:

1.Kepingan mammar pertama dibuat pada bulan Rejab tahun 884H atas perintah Sultan Abu Nasher Faitibeik.

2.Kepingan marmar kedua dipasang pada dinding tangga Ka`abah untuk naik ke loteng dalam bentuk lima baik syair, dibuat pada tahun 1109H oleh Ahmad Beik Syeikh al-Haram Makkah.

3.Kepingan mamar ketiga dipasang pada dinding bahagian barat, di buat atas perintah Imam Besar Abu Ja`far al-mansur al-Mustanshir billah Amiril Mu`minin, tahun 629H.

4.Kepingan marmar keempat dipasang di dinding bahagian barat, di samping marmar ketiga, dibuat atas perintah Yusuf bin Umar bin Ali bin Muhammad pada tahun 680H.

5.Kepingan marmar kelima dipasang pada dinding barat, di samping marmar keempat, dibuat atas perintah Sultan Murad Khan bin Sultan Ahmad Khan pada akhir bulan Ramadan tahun 1040H.

6.Kepingan marmar keenam dipasang di samping kepingan marmar kelima, dibuat atas perintah Sultan Muhammad Khan pada tahun 1070H.

7.Kepingan marmar ketujuh dipasang berdampingan dengan kepingan marmar keenam, dibuat atas perintah Sultan Malik Abu el-Nasr Barsibari pada tahun 826H.

Semoga Allah menambahkan kemulian ka'bah dan mengurniakan kita ziarahinya setiap tahun. Amiin..

Al-Quran Terbang & Melekat Di Pintu Kaabah






















Klik atas gambar untuk berita penuh.

Petikan warta perdana:

"Ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah al quran tiba-tiba kelihatan melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa mengejutan itu membuat ramai jemaah yang menyaksikan peristiwa itu menangis. Saksi kejadian berkata pada malam jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca al quran dan sebaik saja sampai depan pintu kaabah, beliau di rempuh oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terbabas dan quran yang dipegang terlepas, tapi tidak jatuh malah melayang dan melekat di pintu kaabah. Selepas seorang staff masjidilharam mengambil kembali al quran tersebut dan diturun kan dengan kayu, saksi-saksi berpeluang mencium alquran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi."

Result Bintang Bowling TJI - Siri 2




























Bowling siri 2 ni ramai yang tak dapat hadir kerana kesibukan urusan masing-masing, cuma 6 orang sahaja yang ada masa free. Harap siri 3 nanti ramai yang akan dapat turun menunjukkan skill masing-masing.

Di atas adalah result score jatuhan pin yg. telah dibuat oleh pemain berbakat TJI. Ada yg. jatuh anak tangga jika dibandingkan dgn result siri 1, dan ada yg dengan bangganya naik anak tangga...ehm...ehm...

Untuk siri 3 ni, depa nak perkenal undang-undang baru yakni sapa yang dapat score 3 tercorot, akan belanja minum semua player. Suarakan pendapat anda, setuju ke tak... Beri komen sikit kat sini.

Terima kasih

Kisah Suami, Isteri & Cermin


Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari mak anan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari mak anan dihutan. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari mak anan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..
Lepas berjumpa dengan mak nya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu mak nya pon masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. .

Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Sumbangan : Man

Satu telur lipas menghasilkan bape ekor anak???



























Nampak telur lipas kecik ja, sebesar pil jer, tapi dari telur sebesar tu boleh menghasilkan ratusan anak lipas. Sebab tu la lipas cepat membiak dan sebab tu la banyak lipas rumah, dalam dok sembur Ridset pun dok ada lagi lipas tu.
So pasni kalo nampak telur lipas je boleh picit la.....

Sumbangan : Din

Tak Lawa Tak Apa, Janji Baik Hati!





















Cara paling mudah dan murah untuk cari pasangan. Letak ja iklan macam nak promote produk, rasa efektif kot... Apa komen anda ?? Atau ada cara lain yang lebih berkesan...

Terima kasih

Bakar Sate Penduduk TJI - Wow!!




































Memang syok jadi penduduk TJI, macam-macam aktiviti ada, paling gempak aktiviti bakar sate beramai-ramai di depan Surau Al-Mustaqim, TJI. Lebih kurang jam 6 petang, mereka dah mula bakar sate, punya semangat sampai berpeluh-peluh.

Sekitar Magrib ja, semua 100 cucuk sate telah siap dibakar, cuma tunggu masa nak nyam-nyam ja. Selesai solat Magrib, upacara mengisi tank yg kosong pun bermula dengan bacaan doa Ustaz Badaruddin (orang kuat kita). Macam-macam makanan ada, bukan hanya sate, bihun, nasi himpit, kuih-muih, air pulak, panas ada, sejuk ada, sampai lebih, siap bawak balik lagi...
Memang best, organizer, mana organizer ni, bila nak buat lagi??

Terima kasih

Aksi Bowlers Taman Jawi Indah - 2





































































Antara aksi-aksi dan post menarik pemain-pemain berbakat dari tji. Ada yang semakin meningkat dan ada yang masih perlu lebih banyak latihan dan kesabaran. 'Mental strength' adalah kunci dalam permainan bowling selain daripada equipment dan stamina. Jangan kata bowling suatu permainan yang mudah . Tension juga kalau tak boleh nak ambil spare.
Di harap akan lebih ramai lagi yang akan turut serta di pertemuan akan datang.