Memang syok jadi penduduk TJI, macam-macam aktiviti ada, paling gempak aktiviti bakar sate beramai-ramai di depan Surau Al-Mustaqim, TJI. Lebih kurang jam 6 petang, mereka dah mula bakar sate, punya semangat sampai berpeluh-peluh.
Sekitar Magrib ja, semua 100 cucuk sate telah siap dibakar, cuma tunggu masa nak nyam-nyam ja. Selesai solat Magrib, upacara mengisi tank yg kosong pun bermula dengan bacaan doa Ustaz Badaruddin (orang kuat kita). Macam-macam makanan ada, bukan hanya sate, bihun, nasi himpit, kuih-muih, air pulak, panas ada, sejuk ada, sampai lebih, siap bawak balik lagi...
Memang best, organizer, mana organizer ni, bila nak buat lagi??
Terima kasih
Terima kasih
0 comments:
Post a Comment