Expidisi Mencari Tongkat Ali

Salam semua,

Pada 22 Mac 2009 adalah hari paling sejarah dalam hidup kerana telah berjaya menjejaki sendiri pokok Tongkat Ali dalam hutan rimba di atas bukit dekat Relau P.Pinang. Wow...satu pengalaman yang amat menyeronokkan.

Sebelum ni cuma dengar cerita pasai Tongkat Ali cam tu jer, tak pernah tengok pun, apatah lagi nak kenal rupa paras pokoknya, lagi la tak pernah.

Sebelum ni dok makan pil Tongkat Ali yg. telah di tabletkan jer, tak pernah makan yg. original, akar yg. asli. Tapi, semalam, dah berjaya masuk hutan dan cari pokok tu sendiri. Rupanya bukan senang nak cari pokok tu, hampir 20 minit mencari dalam hutan tu, setelah jumpa tapak pelanduk, selepas jumpa laluan babi hutan 2 kali dan terserempak dengan tedung selar semasa dalam perjalanan, baru berjaya jumpa 1 pokok Tongkat Ali, tu pun kecik jer.

Walau pun kecik, nak cabutnya bukan senang, sebab akar tunjang dia panjang ke dalam tanah. Kena bagi yang pakar baru boleh cabut. Tapi, saya dapat jugak cabut 1 pokok, jadilah....
Bermula jam 9.00 masuk hutan sampai lebih kurang 12.30 t/h, lebih kurang 3 jam, kami berjaya jumpa 5 pokok Tongkat Ali termasuk yang kecil/anak pokok.

Satu anak pokok Tongkat Ali saya cabut dan cuba tanam kat rumah, kot-kot tumbuh, nanti tak payah dah masuk hutan. Orang kampung Relau tu kata boleh hidup, cuba jer lah...

Kat bawah ni ada gambar, jom kita tengok...




















































Esok baru nak potong akar tu dan nak jemur, pastu baru campur dengan air panas dan minum parti yang asli...mesti powerrrr....

Terima kasih

1 comments:

Post a Comment