Pandangan Dr Asri Tentang Isu Semasa Di Perak


Disiarkan pada Feb 07, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan
Jawapan: Banyak sekali email isu pergelutan kuasa politik di Perakdihantar kepada saya. Maaf, saya tidak dapat memberikan jawapan yangmencukupi kerana barangkali maklumat yang meyakinkan saya belummantap. Saya pada prinsipnya tidak dapat menerima perangai 'lompatparti' kerana itu adalah sikap yang tidak telus dan jujur terhadapundi rakyat. Sesiapa mahu tukar parti setelah dipilih, sepatutnyameletak jawatan dan bertanding semula. Serahkan semula amanah tersebutkepada rakyat. Rakyat ketika mengundi meluahkan hasrat mereka, dan itutidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Cuma ada beberapa perkara yangberlegar dalam fikiran saya tentang keadaan Perak;

BEBERAPA penyokong pembangkang bertindak nekad berbaring di tengahjalan sambil memegang bendera menghalang kereta peronda polis yangmengiringi kenderaan Raja Muda Perak di belakang berhampiran IstanaIskandariah, Perak, semalam.

1. Jika perbuatan melompat itu tidak dapat diterima oleh sesetengahpihak, sepatutnya ketika isu lompat parti pada 16 September 2008diuar-uarkan sikap yang sama ditunjukkan. Pendirian yang istiqamahatas prinsip itu hendaklah ditunjukkan dalam semua keadaan. Apakahbantahan isu Perak ini memang benar-benar atas prinsip atau semangatkepartian semata?

2. Tokoh agama Perak yang terkenal, Datuk Seri Harussani Zakariaadalah seorang mufti terkenal, juga tokoh kepercayaan PAS sendiri.Beliau mengepalai upacara membaca doa perlantikan MB baru, YB Datuk DrZamry. Adakah kemungkinan beliau telah melihat berbagai aspek isutersebut, terutama dari segi agama. Maka saya kira mungkin orang PASpatut merujuk kepada Sahibus Samahah DS Harussani terlebih dahulusebelum membantah keputusan Sultan Perak itu di sudut agamaterutamanya. Mungkin ada perkara yang beliau lebih maklum, sebagai'orang lama' Perak. Apatahlagi, beliau selama itu amat diyakini olehorang PAS sendiri.

3. Beberapa pihak menyatakan YB DS Nizar sebenarnya hanyalah 'bonekaDAP'. Saya sendiri diberikan berbagai maklumbalas oleh pihak yangtiada kaitan politik. Kononnya, apa yang dilaksanakan di Perak adalahkeputusan mesyuarat exco yang didominasi oleh DAP yang menumpukankepentingan kepada kaum tertentu. Isu pemberian tanah kepadamasyarakat cina umpamanya dibangkitkan. Dakwaan ini bukan sebarangan,sebab pihak Istana Perak sendiri seakan memberi isyarat kerunsingantentang kedudukan 'orang Islam' di Perak. Dakwaan ini perlu dikajidengan cermat dan teliti tanpa emosi. Apakah benar atau sebaliknya?

4. Dari segi kepentingan umat, tanpa mengira parti, kita perlumenilai; manakah kepimpinan Kerajaan Perak yang lebih bermanfaat dankurang mudarat kepada umat dan rakyat? Manakah pula yang akanmembahayakan masa depan umat? Ini perlu dilihat dengan teliti.

Maka saya dengan ini menangguhkan dahulu mengulas isu pergelutanpolitik di Perak, sehingga persoalan-persoalan ini jelas kepada saya.Saya sama seperti orang lain, dari jauh sedang memerhati isu ini.

Sumbangan : Nazri

0 comments:

Post a Comment