Majlis Berbuka Puasa - Anjuran Penduduk TJI

Pada 21 Ogos 2011, satu lagi majlis berbuka puasa diadakan, kali ini anjuran penduduk TJI yang telah sama-sama memberi sumbangan pada Ramadhan kali ini. Alhamdulillah, kutipan tahun ini amat memberansangkan. Sumbangan anda kami salurkan melalui majlis berbuka puasa, pemberian kepada warga emas, pemberian kepada kanak-kanak berupa hamper, pemberian kepada kaum hawa dan juga kepada ketua lorong yg telah sama-sama membantu melancarkan kutipan dana pada tahun ini. Semoga kita semua dirahmati dan diberkatiNya.

Terima kasih juga kepada anda semua yg telah sama-sama menjayakan majlis berbuka puasa pada malam tersebut, ramai jugak yg hadir.

Menu kali ini.
- Nasi putih
- Siakap masak merah special
- Tomyam Pak Tam
- Air sarsi & Teh O

Berikut gambar yg sempat dirakam semasa memasak untuk majlis berbuka dan pemberian hadiah kepada mereka yang telah disenaraikan.































Terima kasih

0 comments:

Post a Comment