Mesyuarat Rukun Tetangga Taman Jawi Indah

Salam semua,

Semalam 12 Jan 2008, selepas Solat Isyak telah di adakan satu perjumpaan penduduk Tmn. Jawi Indah di Surau bagi membincangkan penubuhan Rukun Tetangga. Perjumpaan itu juga turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Keselamatan Sbr. Perai Selatan dan memberi sedikit taklimat mengenai penubuhan tersebut.



















Mesyuarat itu turut dihadiri oleh wakil kaum India dan Cina dan berlarutan hinggan jam 11.00 malam. Banyak perkara dan isu telah dibangkitkan dalam pertemua tersebut dimana masing-masing telah melontarkan idea masing-masing bagi menjayakan perlaksanaan rukun tetangga tersebut.

Kehadiran, MasyaAllah, amat memberangsangkan, penuh surau Tmn. Jawi Indah tu, rasa macam bulan posa plak nak solat tarawih...

Setelah selesai sesi taklimat oleh penolong pegawai, pengerusi surau, Ustaz Badaruddin telah mengetuai perbincangan dengan meminta senarai penama yang suka rela untuk membuat rondaan sebelum penubuhan rukun tetangga diluluskan. Alhamdulillah, ramai yang telah bagi nama dan harap semuanya berjalan dengan lancar.

Terima kasih penduduk Tmn. Jawi Indah.

2 comments:

  1. Satu usaha yang murni, teruskan...

    ReplyDelete
  2. Bila dah ada RT, harap kes tak sihat akan menurun.

    ReplyDelete