Ceramah Maulidur Rasul 1431 Hijrah Taman Jawi Indah


Sabtu 20hb Feruari 2010 bersamaan dgn 6 Rabiulawal 1431, Surau Al Mustakim Taman Jawi Indah SPS telah menganjurkan program ceramah Maulidur Rasul. Penceramah yang di jemput khas kali ini ialah Ustaz Shahul Hameed An Naqsyabandy dengan tajuk Kehidupan Beragama Teras Pembangunan Ummah Masakini.























































Program di mulakan dengan gotongroyong menyediakan juadah ( kenduri ) dengan di kepalai oleh Pak Tam Jawi Tekong tukang masak. Seawal jam 9 pagi lagi sudah ada beberapa orang ahli kariah yang datang ke surau. Makanan siap di masak sebaik masuk waktu Asar.Terima kasih di atas sumbangan semua.
Majlis ceramah malam itu di mulai dari selepas solat Maghrib dengan Majlis Tahlil dan Doa Selamat yang di ketuai oleh Pengerusi Surau TJI Cikgu Haji Shahrizal Ayub dan di ikuti dengan jamuan makan.
Ustaz Shahul tiba lebihkurang pukul 9.50 malam kerana Ustaz ada kuliah Maghrib di Alma.
Antara yang menarik di dalam ceramah Ustaz, beliau memberitahu tentang rahsia khusyuk solat ada 20 dan satu dari nya ialah makanan harian kita terutama dari mana sumbernya.
Banyak yang Ustaz sentuh pada malam itu dan Ustaz akhiri ceramah dengan memanggil kesemua anak-anak yang hadir untuk di bacakan doa keatas mereka seorang demi seorang.


Terima kasih

2 comments:

  1. Assalamualaikum, macamana nak download and tengok video Ustaz Shahul Hameed An Naqsyabandy nih? Saya tak jumpa la link yg bleh di klik tu...

    ReplyDelete
  2. Link telah dikemaskini semula, link ini hanya utk download file MP3, ia bukan file video. Jadi hanya boleh dengar audio sahaja. TQ

    ReplyDelete