Selsema: Rawatan Dan Pencegahan


























Selsema atau dikenali juga sebagai demam selsema merupakan campuranbeberapa jenis gejala yang mengganggu saluran pernafasan.Gejala-gejala ini lebih bersifat akut dan terhad yang seringditunjukkan oleh gejala-gejala seperti hidung berhingus dan berairserta bersin.

Cecair yang jernih keluar dari rongga hidung yang dijangkiti merupakantanda utama selsema. Cairan yang mulanya cair akan bertukar menjadilebih pekat, bermukus dan bernanah.
Umum beranggapan keadaan ini disebabkan oleh jangkitan bakteria.Bagaimanapun, virus boleh menyebabkan reaksi inflamatori tersendiriyang menghasilkan mukus. Kerosakan sel yang berlaku boleh menjadibertambah teruk bergantung kepada jenis virus yang dihidap. Terdapatlebih kurang 200 jenis virus yang boleh menyebabkan selsema.

Gejala selsema yang disebabkan oleh jangkitan virus selalunya berlakudengan cepat. Selain daripada struktur nasal atau hidung yangterganggu, tempat-tempat lain di sepanjang sistem pernafasan mungkinturut dipengaruhi.

Penghidap akan mengalami gejala-gejala tersebut dengan cepat danberterusan untuk beberapa hari iaitu antara satu hingga empat hari.Bagi individu yang tidak menghadapi sebarang komplikasi, jangka masajangkitan akan mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk reda.
Gangguan setempat batuk, sakit tekak, sakit telinga, sakit kepala,demam dan sakit otot merupakan komplikasi yang mungkin timbul.Kombinasi gangguan di hidung, pengeluaran hingus dan hidung tersumbatakan menyebabkan bersin.

Rawatan Dan Pencegahan

Sekiranya tidak terdapat komplikasi penyakit lain yang disebabkan olehjangkitan bakteria, demam selsema yang biasa tidak memerlukan rawatanperubatan yang khusus. Ubat-ubatan yang digunakan hanya berupaya untukmemberi kelegaan sementara ketika sistem pertahanan tubuh cuba melawandan menghapuskan serangan virus tersebut dan membaiki kerosakan yangtelah berlaku.

Penghidap selsema memerlukan rehat dan cuba elakkan daripada terdedahkepada cuaca sejuk yang berlebihan. Pengambilan air yang cukup adalahpenting untuk menghalang berlakunya dehidrasi.

Peredaran udara yang baik juga akan turut membantu meningkatkankeselesaan pesakit. Namun rawatan pakar perubatan diperlukan sekiranyakomplikasi lain timbul hingga menyebabkan jangkitan dada yang kronikatau gangguan telinga.

Selsema boleh merebak secara terus dari individu ke individu laintanpa sebarang perantaraan seperti makanan, air atau binatang.Lazimnya virus disebarkan melalui titis-titis air yang dikeluarkanmelalui sistem pernafasan dan bersin. Oleh itu, cara utama dalammengurangkan penyebaran jangkitan ialah dengan memisahkan pesakit.Biasanya, sebelum penyakit itu berjaya dikesan, virus selsema tersebuttelah tersebar kepada orang lain.

Sumbangan : Nazri

0 comments:

Post a Comment