Ternyata program ini mendapat sambutan diluar jangkaan, ramai anak muda yg turun untuk bermain Futsal dan mewarna. Rupa-rupanya anak-anak kita amat berminat dengan program seperti ini hingga hadiah saguhati untuk mewarna tak cukup.... tapi dah selesaikan oleh pihak Helwa, Alhamdulillah.
Program satu hari suntuk ini bermula dengan pertandingan futsal di padang dan kanak perempuan (lelaki pun ada) mewarna di bahagian surau pada paginya hingga tengah hari, kemudian ada jamuan makan tengah hari disediakan oleh tukang masak terkenal En. Amin dan Pn. Jalilah. Terimakasih kepada yang sponser makan pagi dan makan tengah hari untuk program ini. Perjalanan program amat lancar dan cukup meriah.
Jom tengok gambar:
Pada sebelah malam kita mengadakan pula ceramah Istiqbal Ramadhan dismpaikan oleh Imam Muda Al-Razzi. Antara Intipati ceramah ialah bagaimana persediaan menyambut Ramadan Al-Mubarak antaranya:-
1. Hadirkan rasa gembira dgn kehadiran ramadan.
2. Hias rumah
3. Bersihkan hati, saling mohon maaf, maafkan org lain sblm tidur
4. Belajar hukum hakam dan ibadah berkaitan ramadan
5. Rancang jadual harian ramadan
6. Tekad utk sungguh2 dlm ramadan
Moga kita dapat amalkan saranan daripada ustaz pada Ramadhan kali ini.
Selepas ceramah penyampaian hadiah disampaikan oleh Imam Muda kepada pemenang Futsal. Kemudian selepas itu, jamuan Capati disediakan kepada anak qaryah yang hadir pada malam itu, ditaja oleh Ustaz Nik kita, terima kasih kepada pihak penaja. Tak lupa juga, tuan Zahit kita buka gerai jualan produk Olive House, makanan sunnah. Boleh hubungai tuan Zahit untuk maklumat lanjut.
Akhir sekali terima kasih kepada yang menjayakan program yg cukup meriah ini, moga-moga hubungan silaturahim antara kita akan terjalin erat.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
0 comments:
Post a Comment