Kerajaan Palestin mengumumkan betapa negara Palestin berduka di atas pemergian Maryam Farhaat atau lebih dikenali sebagai Ummu Nidhal. Ummu Nidal berumur 62 tahun dan meninggal dunia pada Ahad 17hb Mac 2013 setelah berjuang panjang melawan penyakit yang dideritanya.Kenyataan rasmi kerajaan Palestin telah menyatakan rasa duka atas kematian Ummu Nidhal yang telah mewakafkan hidupnya kepada perjuangan dan sentiasa berkorban demi kemerdekaan Palestin.Ummu Nidhal adalah simbol legenda perjuangan di peringkat nasional and internasional. Beliau adalah Ahli Parlimen di Dewan Legislatif Palestin, telah meninggal setelah beberapa jam dimasukkan ke ICU, Hospital Al Shifa, Gaza City, Palestin.Beliau dilahirkan di Gaza pada 24hb September 1949 dan telah dikurniakan dengan 6 orang cahaya mata. Beliau adalah ibu kepada 3 orang syuhada yang telah melakar sejarah yang hebat seumpama Khaulah Binti al Azur, Khansa’, Nusaibah Binti Kaab dan seumpamanya.
Ummu Nidhal tidak henti-henti menyeru kaum wanita, para pemuda dan pemudi, rakyat Palestin dan umat Islam keseluruhnya agar berjuang untuk Islam dan berharap agar Allah swt mengurniakan ke semua anak-anaknya mati syahid untuk membebaskan Masjid al Aqsa, kemerdekaan bumi Palestin dan mempertahankan kemuliaan agama-Nya.Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal berbunyi, “Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan”, kata tokoh pejuang ini.
Di saat perpisahannya dengan putera sulungnya yang bernama Muhammad Farhaat, dia dan anaknya itu saling berpelukan dan kemudiannya berkata, “Ibu tidak dapat membendung air mata tetapi jangan percaya dengan air mata ibu ini anakku… Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetapkanlah hatimu thabatlah, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Taala”.Seruan jihad Ummu Nidhal ini bukan hanya fasih dibibir atau hanya bertinta di lembaran kertas tetapi dibuktikan dengan penyertaan jihad tiga orang anaknya yang telah syahid satu demi satu. Setelah Muhammad Farhaat menemui syahid pada tahun 2002, diikuti pula oleh Nidhal Farhaat pada Februari 2003 dan kemudian anak bongsunya yang bernama Rawad Farhaat yang syahid pada tahun 2005. Seorang lagi anak beliau, Wisam Farhaat masih lagi merengkok di dalam penjara Israel.
Kita bersaksi dengan ketulusan perjuangan ibu 3 syuhada ini. Sama-sama kita berdoa kepada Allah swt agar diberikan rahmat kepadanya dan mendapatkan kerehatan yang damai bagi ruhnya, semoga Allah memberikan semangat bagi keluarganya dan memberikan kesabaran dan ketabahan bagi orang-orang yang mencintainya.
0 comments:
Post a Comment