Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem
imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan
penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar
tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan
kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan
ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri
sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di
dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang
ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8.
Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam
dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika
bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa
bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan
hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ
pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling
dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara
automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang
belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan
mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula
jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak
mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12.
Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam.
Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna
peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan
menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa
bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh
itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu
membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh
kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad
jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup
kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk
menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab
itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai
manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan
digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas
selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk
melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di
sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari
segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima
oleh tubuh.
"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله
0 comments:
Post a Comment