Salam semua, kepada penggemar ikan keli, di sini ada sedikt info yang sangat berguna. Rupanya ikan keli yang dipelihara oleh bukan melayu telah diberi makan bahan-bahan dari sumber yang haram, tanpa kita sedari. Jadi, hati-hatilah bila membeli ikan keli, pastikan ikan yang dibeli itu dari peliharaan orang islam. Jom baca info menarik ini untuk membezakan keli yg. halal & keli yg haram.
Haram
Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak
Halal
diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup
Jadi berwaspadalah ketika membeli ikan keli...
Terima kasih
Payah skit nak makan ikan keli lepas ni, kena cek produk melayu ke bukan...
ReplyDeleteMenurut pendapat Ustaz Ismail Al -Bakapi, tidak menjadi haram bagi orang Islam memakan ikan keli yang memakan makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Sila rujuk orang berpengetahuan dalam bidang agama sebelum memutuskan sesuatu itu halal atau haram. Sesiapa yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal disisi Allah boleh membatalkan aqidahnya.
ReplyDeletePandangan orang mungkin berbeza-beza bergantung kepada pengetahuan dan hujah masing-masing. Kita sebagai pengguna harus memikirkan yg mana baik dan yg mana buruk untuk diri masing2.
ReplyDelete