Assalamualaikum dan selamat tahun baru pada semua, disertakan jadual pengajian bulan Januari 2017, Surau Al-Mustaqim Taman Jawi Indah. Jom kita pakat2 meramaikan majlis kuliah, kerana menghadiri kuliah agama seperti berada di Taman-taman Syurga. Moga kita mendapat keampunan dengan menghadiri majlis ilmu, Amin... Terima kasih..
Jadual Pengajian Bulan Disember 2016
Jadual Pengajian Bulan Oktober 2016
Assalamualaikum semua, disertakan jadual pengajian bulan Oktober 2016, Surau Al-Mustaqim Taman Jawi Indah. Jom kita pakat2 meramaikan majlis kuliah, kerana menghadiri kuliah agama seperti berada di Taman-taman Syurga. Moga kita mendapat keampunan dengan menghadiri majlis ilmu, Amin...
Terima kasih
Mesyuarat AJK Surau Al-Mustaqim
Mesyuarat AJK Surau diadakan pada 20 Ogos 2016 lepas bagi membincangkan uurusan ibadah korban yang akan diadakan pada Hari Raya Haji nanti. Lembu dah ada 3 ekor, sapa yang nak menguruskannya tu kena bincang supaya agihan daging korban berjalan dengan lancar. Satu pertemuan dengan semua peserta korban dan akikah akan diadakan selepas ini bagi memastikan agihan dan memasak untuk akikah tersebut dapat dibuat dengan baik.
Terima kasih
Jadual Pengajian Bulan September 2016
Assalamualaikum semua, disertakan jadual pengajian bulan September 2016, Surau Al-Mustaqim Taman Jawi Indah. Jom kita pakat2 meramaikan majlis kuliah, kerana menghadiri kuliah agama seperti berada di Taman-taman Syurga. Moga kita mendapat keampunan dengan menghadiri majlis ilmu, Amin.
Projek Pembangunan Lantai belakang Surau Bermula
Hari ni 9 Ogos 2016 bermula lah projek membina lantai bahagian belakang Surau Al-Mustaqim, memberi keselesaan kepada muslimat untuk solat dan menjalankan aktiviti. Dikhabarkan pada solat Raya Aidilfitri tahun ni, jemaah melimpah terutamanya kaum hawa, sampai tak cukup tempat. Alhamdulillah pihak surau telah merancang untuk menambah ruang kepada muslimat untuk solat, makan dan aktiviti-aktiviti yang lain.
Peruntukkan ini sebahagiannya adalah dari YB kita dan sebahagiannya lagi adalah dari sumbangan tuan-tuan semua. Sumbangan dana ini masih dibuka dan jika tuan-tuan ingin menambah amal jariah, boleh lah bank-in di no. akaun tertera atau terus hubungi AJK untuk sumbangan. Bagi yang dah memberi sumbangan, moga Allah murahkan rezeki tuan puan semua dan memberi keberkatan.
Terima kasih semua
Jadual Pengajian Bulan Ogos 2016
Jamuan Hari Raya Taman Jawi Indah 2016
Tahun ni jamuan hari raya TJI dianjurkan oleh Surau Al-Mustaqim TJI, KRT dan JKKK, masing2 bekerjasama menjayakan program yang dah lama penduduk TJI tak buat. Tahun ni kita pakat ramai-ramai buat sekadar yang termampu untuk memeriahkan lagi masyarakat TJI dan saling menghubung silaturahim sesama kita.
Alhamdulillah, pada 31 Julai 2016, Ahad, ber mula jam 11 pagi, program ini bermula dengan majlis bacaan yasin di surau TJI dan selepas itu sama-sama makan ramai2 ramai apa yang ada. Rezeki tahun ni amat murah, masing2 lorong telah menaja menu-menu yang enak-enak belaka seperti:-
Antara menu yg. telah dipilih seperti berikut:
1. Surau Al-Mustaqim - Nasi minyak + ayam ros, lemang, buah-buahan, minuman
2. JKKK - Khemah 1
3. KRT - Khemah 3, satey
4. Jalan 2 - Bihun sup
5. Lorong 1 - Laksa
6. Lorong 3 & 5 - Nasi himpit kuah kacang, Mee kari
7. Jln Jawi Indah & Lrg 7 - Kambing golek 2 ekor
8. Lorong 8 - Ice cream, Cendoi
9. Jalan 1 - Tepung talam, Seri muka, Kueh lapis
10. Kondo Rakyat - Mee Goreng, Koew Teow Goreng
Memang sedap, meriah dah seronok sambil2 boleh mengeratkan silaturahim penduduk TJI. Kehadiran ?? MasyaAllah sangat-sangat ramai, mai dari mana pun tak tau... penuh... Dok ingat makanan tak habis sebab banyak dan macam-macam menu dok ada, tapi hampir semua licin, cuma tinggai sikit jer baki, yang tu depa bungjuih bagi sapa yang nak bawa balik.
Jam 2.30 selesai sudah jamuan raya taman jawi indah tahun ni. Lepas tu bermula kerja2 housekeeping oleh semua warga kerja jamuan raya.
Terima kasih kepada semua lorong/jalan yang telah menaja makanan yang sempoi untuk jamuan raya tahun ni, terima kasih juga kepada mereka yang menyumbang khudrat dan tenaga sejak dari hari sabtu lagi bagi menjayakan program jamuan ramah mesra raya tahun ni. Tahun depan kita buat lagi sempoi punya. Jom tengok gambar yg. diambil oleh kameraman kita...
Tuan Amin jadi tekong kambing golek
Gerai mee kari
Kambing golek baru nak mula
Satey baru nak start bakar
Majlis Tahlil sebelum jamuan raya bermula
Satey tajaan KRT
makan jangan tak makan
Gerai kambing golek queue panjang nampak!
Barisan jawatankuasa (orang kuat2 belaka ni)
Queue utk kambing golek terus panjang berjela...
Gerai bihun sup superbb...
Gerai laksa
Para tetamu yg datang memang ramai...
Muslimat pun ramai yang turun
Tuan S/U kita dok bagi arahan apa tuu..
Kanak-kanak yang paling kalut makan..
Sembang meja bulat, sambil dok tunggu kambing golek paaa...
Persiapan sebelum jamuan
Duduk keliling, penuh meja sampai tak cukup kerusi
Antara tetamu VIP kita Ust. Ismail dan Tuan Bilal Masjid Jawi
YB Mukhtar sedang dok bagi duit raya pada kana2...wow!!
Terima kasih semua....
Jamuan Berbuka Puasa Anjuran Lorong 8
Kalau pagi dan tengahhari sibuk menyediakan bubur lambok, malam tu pulak penduduk sama-sama berbuka puasa disurau tajaan dari lorong 8 yang diketuai oleh Ustaz Hasnan kita. Dengar citer kari kepala ikan, memang marvelous menu dia. Terima kasih kepada semua yg dok di lorong 8 kerana menaja majlis berbuka puasa pada tahun ni, InsyaAllah tahun depan boleh sponsor lagi. Bulan puasa tahun ni banyak sungguh mereka2 yang nak sponser majlis berbuka puasa dan moreh selepas tarawih, memang terbaek.
Jom kita tengok sapa yang makan paling banyak makan kari kepala ikan.
Masing2 khusyuk menikmati kepala ikan
Inilah meja raja kari kepala ikan
kanak2 pun suka makan kari kepala ikan nii...
Makan setalam, jangan berebut kepala ikan sudah...
Sabar, makan kurma dulu, lepas maghrib baru pekena kari kepala ikan
Antara remaja taman yg. sudi basuk pinggan, rajin depa
Tengok dlm pinggan tu sorang satu kepala...
Meriah dan seronok bukak posa ramai2 ni...
Muslimat juga turut serta buka posa di surau...
Gotong-royong Menyediakan Bubur Lambok
Selepas program jamuan berbuka puasa anjuran AJK Surau, esoknya pada hari Ahad 26 Jun 2016 aktiviti diteruskan dengan penyediaan bubur lambok. Aktiviti dimulakan dengan bergotong-royong bermula 11 pagi di surau . Alhamdulillah ramai warga TJI yang sama-sama datang menolong dan bergotong-royong menyediakan bubur lambok hinggalah kepada membungkus dan edaran kepada penduduk warga TJI.
Banyak jugak hari, hampir 500 bungkus, kita sedekahkan kepada IPD Jawi dalam 100 bungkus dan selebihnya utk penduduk taman. Cukup meria.... Tahniah semua yang menjayakan aktivi bubur lambuk tahun ni. Rasa, memang marvelous, terbaek. Jom kita tengok gambar dari lensa kamera yang sempat diambil.