Majlis Berbuka Puasa - Anjuran Penduduk TJI

Pada 21 Ogos 2011, satu lagi majlis berbuka puasa diadakan, kali ini anjuran penduduk TJI yang telah sama-sama memberi sumbangan pada Ramadhan kali ini. Alhamdulillah, kutipan tahun ini amat memberansangkan. Sumbangan anda kami salurkan melalui majlis berbuka puasa, pemberian kepada warga emas, pemberian kepada kanak-kanak berupa hamper, pemberian kepada kaum hawa dan juga kepada ketua lorong yg telah sama-sama membantu melancarkan kutipan dana pada tahun ini. Semoga kita semua dirahmati dan diberkatiNya.

Terima kasih juga kepada anda semua yg telah sama-sama menjayakan majlis berbuka puasa pada malam tersebut, ramai jugak yg hadir.

Menu kali ini.
- Nasi putih
- Siakap masak merah special
- Tomyam Pak Tam
- Air sarsi & Teh O

Berikut gambar yg sempat dirakam semasa memasak untuk majlis berbuka dan pemberian hadiah kepada mereka yang telah disenaraikan.































Terima kasih

Majlis Berbuka Puasa - Anjuran Bukit Jawi Golf

Pada 20 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan, Bukit Jawi Golf menganjurkan majlis berbuka puasa di Surau Taman Jawi Indah. Menu kali ini perrghh...memang gempak....Terima kasih kepada Cikgu Amir dan rakan-rakan kerana sponser majlis berbuka puasa kali ini. Moga Allah memberkati setiap apa yg kita usahakan.

Menu hari ini:
- Nasi putih
- Ayam masak ros special
- dll

Berikut gambar yg sempat di ambil.






Terima kasih

Majlis Berbuka Puasa - AJK

Pada 14 Ogos 2011, Surau TJI mengadakan Majlis Berbuka Puasa anjuran AJK Surau. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik dan lancar. Pada sebelah pagi, kerja-kerja memasak burung puyuh diadakan bermula jam 10.00 pagi. Kemudian sebelah petang, masak nasi tomato. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan aktiviti pada kali ini. Insya Allah minggu depan ada lagi.

Menu hari ini:
- Nasi tomato
- Burung puyuh masak kari special
- Kari ikan kerisi
- Air asam

Dan pada malam tu juga kami menerima sumbangan dari Dato' Zainal berupa kain pelekat dan kain batek kepada semua jemaah surau. Terima kasih

Jom kita tengok gambar yg. sempat dirakam semasa aktiviti tersebut.
(Kalau gambar sesiapa tak der tu maaf laa..gambar penulis pun tak der...)