Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Salam,


















Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga Taman Jawi Indah, sesungguhnya 1 Ogos 2011 hari Isnin ini kita mula berpuasa. Sama-sama kita mengimarahkan  surau taman kita dengan bertarawih, membaca Al-Quran dan menderma untuk Ehya' Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari tahun sebelumnya, amin...

Tidak lupa kepada semua follower dan pembaca blog ini, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Dibawah ini adalah link untuk anda dapatkan Al-Quran digital, bagi memudahkan kita semua meningkatkan ibadah dengan membaca Al-Quran.

Terima kasih

Motosikal terbang pertama di dunia!



CHRIS MALLOY menguji sebuah motosikal terbang yang diciptanya di Sydney, baru-baru ini. SYDNEY – Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.


Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam. Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.


Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu. Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa. Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi