Ceramah Isra' Mikraj Bersama Ust Abdul Halim di Surau TJI

Seperti biasa, setiap bulan akan diadakan ceramah bulanan di surau TJI, dan pada bulan Jun ni, kami telah menjemput Ust Abdul Halim (Bukit Teh) untuk memberi ceramah bertemakan Isra' dan Mikraj, bersempena dengan 27 Rejab dan ketibaan Ramadhan Al-Mubarak.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan kehadiran juga agak ramai, sampai habis la nasi yang dimasak secara gotong royong yang diketuai oleh Pak Tam kita.

Terima kasih juga kepada yang telah sponser, kuih-muih, air, buah tembikai, siput sedut dan lain-lain. Semoga Allah memberkati kebajikan yang anda lakukan.

Anda juga boleh download rakaman ceramah beliau melalu menu CERAMAH di atas.

TQ

Gerai Cendol dan Kepala Babi...

Gerai cendol berhampiran Masjid Lama Sungai Bakap di sini yang digantung kepala babi, selain disimbah cat merah dua hari lalu, pernah disimbah cat hitam serta peralatannya dirosakkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata bagaimanapun pemilik gerai tidak melaporkan kepada polis perbuatan khianat yang berlaku pada Januari dan Mac lalu itu.

"Polis percaya kesemua perbuatan terbabit termasuk panggilan telefon misteri kepada pemilik gerai dilakukan oleh pihak yang sama," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mengenai kepala babi berkenaan, Shafien berkata ia sudah dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk dianalisa bagi mengetahui bila haiwan itu disembelih.
"Polis turut mendapatkan maklumat daripada penjual babi di sekitar SPS bagi mengenal pasti individu yang melakukan perbuatan khianat itu," katanya.

Shafien berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menakutkan secara Jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan.
Dalam kejadian pagi Rabu lalu, jemaah Masjid Lama Sungai Bakap di sini yang baru selesai menunaikan solat Subuh terkejut apabila melihat kepala babi tergantung di gerai cendol yang terletak berhampiran masjid itu.
Gerai itu juga disimbah dengan cat merah, dan sehari sebelum itu pemilik gerai berkenaan menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang meminta beliau berhati-hati. Sekalipun kejadian tersebut telah berlaku di beberapa hari yang lalu, namun sehingga kini polis masih menyiasat, siapa punya angkara dan apa motifnya.

Apakah kes tersebut hanya bertumpu dan dimaksudkan kepada penjual cendol tersebut sahaja atau kepada umat Islam keseluruhannya yang kebetulan gerai cendol tersebut terletak berhampiran masjid Lama Sungai Bakap?

Tidak mustahil pula ia dilakukan oleh orang Islam sendiri, kerana hanya orang Islam saja yang tahu bahawa penganut Islam amat sensitif dengan apa saja yang dikaitkan dengan babi. Provokasi siapa? Supaya umat Islam membenci pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang? Atau apa?
Kita berharap siasatan polis menyeluruh. Bolehkah rakyat mengharapkan begitu kepada mereka?

Pertandingan Badminton Tertutup Tmn Jawi Indah

Pertandingan Badminton Tertutup Taman Jawi Indah akan diadakan pada 12 Jun 2011di Dewan Jawi. Kejohanan ini adalah anjuran KRT TJI. Jom ramai-ramai pakat join dan tonjolkan kemahiran anda dalam sukan badminton. (Bila lagi nak tunjuk skil).

Jika anda berminat untuk sama-sama meramaikan kejohanan ini, sila dapatkan borang daripada urusetia atau telefon terus kepada mereka dibawah untuk keterangan lanjut.

Berikut adalah nama dan no.tel urusetia yang bertugas:

En. Omar : 012-5133468
En. Nazri : 019-4184618
Syima : 017-4960117
Saadiah : 012-4234100

Anda juga boleh download borang penyertaan, klik di sini...

Tarikh tutup permohonan pada 5 Jun 2011.

Hadiah memang menarik, rugi kalau anda tak join.

Terima kasih