Allah Takdirkan Bapa Francissca Peter Mati Dalam Islam


Alhamdulillah, Allah telah memberi hidayah kepada Mohamad Gaberial Peter Abdullah, untuk memeluk Islam dan insha Allah beliau meninggal dalam keimanan. Seperti yang dipaparkan kebanyakan akhbar hari ini, Mohamad Gaberial Peter meninggal dunia seorang diri di rumahnya di Dungun, Terengganu, pada umur 78, telah memeluk Islam semenjak 10 April 2007 dan disahkan melalui dokumen Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ditemui.

Allahyarham adalah bapa kepada Francissca Peter, penyanyi popular lagu-lagu Melayu tahun 80an, adalah seorang penganut agama Kristian sebelum itu. Mungkin ramai peminat Francissca hanya mengenali Fran sebagai seorang penyanyi sahaja. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa Fran adalah seorang yang aktif dengan program dan aktiviti gerejanya. Malah kini beliau dilantik sebagai duta sebuah NGO Kristian.

Banyak aktiviti NGO ini yang dilakukan beliau tidak menyebut dengan jelas landasan Kristiannya namun lebih atas nama kebajikan. Walaubagaimanapun, Allah Yang Maha Esa telah mentakdirkan bahawa ayahnya sendiri memeluk Islam genap 4 tahun lalu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.

Download Ceramah Bulanan!

Setiap bulan Surau Taman Jawi Indah mengadakan sesi ceramah bulanan yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang diundang khas dari Pulau Pinang dan negeri lain. Setiap ceramah akan cuba direkodkan dan dipaparkan pada blog ini untuk kita sama-sama dengar dan mengambil  manfaat. Anda boleh download audio ceramah tersebut dari link yang diberikan di bawah.
Download Ceramah Bulanan Tahun 2011

1) Januari : Ust.Abdullah Khairi - Download

2) Februari : Ust.Wan Hizam Abdullah Sabil - Download

3) Mac : Sharil Long - Download

4) April : Ust.Khairul(Terengganu) - Download

5) Mei : Prof.Madya Dr.Mohd Asri Zainul Abidin - Download

6) Mei : Dr. Mujahid Yusof Rawa - Download

7) Jun : Ust. Abdul Halim Abdullah (Bukit Teh) - Download



Kuliah Magrib Tahun 2011

April : Ust Asri Mohd Ghazi - Download


Terima kasih



Makhluk Yang Kita Telan Secara Tak Sedar!

Semasa anda minum air, duduk disofa, sedut udara diluar rumah, pernahkan anda terfikir apakah yang anda minum, makan, sedut itu? Mungkin tak pernah terfikir oleh fikiran cetek manusia ini. Tapi, sebenarnya, kira minum, makan, sedut beserta binatang-binantang yang kalau kita tengok memang amat jijik dan mengerikan.

Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.


Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Saya beritahu anda, wajah mereka sangat menggerunkan!
 
Jom kita tengok gambar binatang yang mungkin kita makan hari-hari ni.
 

Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal.



Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.



Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan ?
 
Banyak mana kita dah makan, minum dan sedut binantang ni.....?


Kejohanan Tertutup Badminton Taman Jawi Indah - Meriah!

Pada 3 Mac 2011, kelab badminton Taman Jawi Indah (TJI) telah menganjurkan kejohanan badminton persahabatan di Dewan Sg.Bakap. Perlawanan disertai oleh 6 regu. Perlawanan bermula pada jam 8.30 pagi Ahad. Meriah, cukup meriah. Yang datang lewat ada, yang bawa anak mai ada, yang confiden menang pun ada, yang menepati ramalan pun ada, yang kantoi awai pun ada, macam-macam.

Perlawanan tamat pada jam 12.00 t/h dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang. Kepada yang tidak menang, jangan putus asa untuk cuba lagi dikejohanan yang akan datang. Relax brother...cuba lagi.

Ok, jom kita tengok gambar-gambar semasa perlawanan tersebut.














Tempat ke-3


Naib Johan


















Johan


Terima kasih semua...

Ceramah Ustaz Khairul dari Terengganu!

Ceramah bulanan diteruskan lagi pada bulan Mac 2011 dengan jemputan khas dari Terengganu, iaitu Ustaz Khairul atau nama lain Ustaz Budak Besar. Terima kasih kepada ustaz yang telah memberikan mutiara-mutiara ilmu kepada kami semua dan diharap dapat datang lagi ke Surau kami, InsyaAllah.

Terima kasih juga kepada AJK surau kerana telah bekerjasama bagi menjayakan majlis ini serta mereka yang menyediakan jamuan bihun, kuih-muih selepas ceramah. Semoga sumbangan anda mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.