Kalimah Allah Pada Daun Pisang!

Seorang peniaga di Tingkat Paya Terubong di sini terkejut apabila mendapati daun pada sebatang pokok pisang yang ditanamnya tertera perkataan Allah.

Siti Marsitah Sito, 44, memberitahu, seorang pelanggan yang sedang menikmati hidangan di gerai makannya minggu lalu memaklumkan penemuan itu kepadanya.

"Pelanggan itu pada mulanya berjalan-jalan melihat suasana di luar kedai.

"Ketika melalui sebatang pokok pisang bunga yang ditanam di dalam pasu, pelanggan berkenaan terkejut apabila mendapati terdapat perkataan Allah pada daunnya," katanya ketika ditemui di gerainya, di sini baru-baru ini.

Menurut Siti Marsitah, dia menganggap kejadian itu sebagai rezeki berikutan gerainya semakin ramai dikunjungi orang ramai yang mahu melihat sendiri keajaiban tersebut.

"Bukan penduduk di kawasan ini saja yang datang, malah penduduk dari kawasan lain turut datang untuk melihat,"

Itulah kebesaran Allah...

Haiwan Lebih Peka Tanda Tsunami di Jepun

Ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di luar pantai Sendai di Jepun 11hb March lalu, sebuah persisiran pantai di Mexico telah ‘dihadiri’ dengan sekumpulan besar ikan berbagai jenis. Antaranya yang dilihat adalah ikan sardin, ikan pelata, ikan bass dan ikan bilis. Kehadiran ikan-ikan tersebut membuatkan suasana persisiran pantai dilitupi dengan warna hitam gelap berminyak. Bagi nelayan di kawasan pantai Acapulco , ia bagaikan bulan jatuh ke riba. Mereka hanya menggunakan pukat, bakul dan apa sahaja yang tercapai untuk menangkap ikan-ikan tersebut.
“Di sana dalam 20 hingga 30 orang nelayan bersama-sama anak-anak mereka mengambil kesempatan atas fenomena ini”, ujar Carlos Morales yang turut teruja menyaksikan fenomena pelik tersebut.
Nelayan di sekitar kawasan tersebut yakin kejadian pelik ini berlaku kerana bencana Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, para pakar tidak pasti kejadian ini mempunyai kaitan dengan Tsunami di Jepun.
“Tsunami sememangnya boleh mengubah sesuatu, namun ia jauh untuk mendakwa ia ada kaitan(dengan tsunami di Jepun)”, kata Rich Briggs yang juga ahli geologi daripada U.S Geological Survey.

Lihat gambar-gambar yang sempat dirakam di luar persisiran pantai Mexico :




Mengimbau semula kejadian Tsunami yang berlaku pada tahun 2004 lalu, peristiwa hitam tersebut telah meragut nyawa manusia lebih ramai berbanding binatang. Mengapa ini semua berlaku?. Haiwan sebenarnya mempunyai deria yang sangat kuat berbanding manusia. Terdapat beberapa peristiwa aneh beberapa jam sebelum berlakunya tsunami. Di Sri Langka, orang-orang di Taman Nasional Yala mengamati 3 ekor gajah bertempiaran lari menjauhi pantai Patanangala menuju ke kawasan perbukitan, kelawar pula didapati berterbangan di sebelah selatan kota Dickwella.

Selain itu, dua ekor anjing didapati tidak mahu mendekati pantai di Galle sedangkan sebelum ini anjing-anjing tersebut sentiasa berada di sekitar pantai tersebut. Di Thailand, beberapa ekor gajah telah membawa Wistawan berlari menuju ke bukit untuk menyelamatkan penunggangnya sebelum tsunami menghancurkan Phuket. Di pantai selatan India pula, sejumlah Flamingo berterbangan menuju ke hutan yang lebih selamat sebelum bencana berlaku.
Ketika tsunami melanda Sri Langka, kira-kira ratusan gajah, harimau, babi hutan, rusa, kerbau air, kera dan mamalia yang lebih kecil melarikan diri dengan menyelamatkan diri menuju ke tempat yang lebih tinggi. Namun begitu sejumlah besar kura-kura ditemui mati disepanjang pantai Aceh. Kepekaan dan naluri binatang yang tidak dimiliki manusia boleh digunakan sebagai alat untuk peringatan pertama bencana.

Tsunami di Jepun, Korban 10,000 Nyawa.

Kejadian gempa bumi dan Tsunami telah mengorbankan lebih 10,000 nyawa. Takut melihat kejadian seumpama itu. Teringat kejadian yang sama berlaku di Aceh, Thailand dan Utara Semenanjung Malaysia dulu.

Jom kita lihat video kejadian yang telah dirakam kamera amatur...

Ombak Hitam yg Amat Deras...


Tsunami di Sedai Airport

Nuklear Meletup Depan Mata


Air Melimpah di Tengah Bandaraya



Semoga tidak berlaku di negara kita Malaysia....Amin...

Ceramah Ustaz Shahril Long di Surau TJI

Salam semua. Sesi ceramah bulanan diteruskan lagi pada bulan 6 Mac 2011. Slot kali ini diisi oleh Yang Berbahagia Ustaz Sharil Long. Memang sukar untuk menjemput beliau datang kerana jadualnya memang ketat. alhamdulillah, Surau TJI dapat juga memanggil beliau untuk memberi ceramah pada malam tersebut. Banyak mutiara yang dapat dikutip dari ceramah beliau.

Terima kasih juga kepada pengerusi surau yang sudi sponser makan nasi pada malam tu. Sempena dengan kehadiran ahli keluarga baru, beliau mengadakan sedikit kenduri pada malam ceramah tersebut. Terima kasih juga kepada semua AJK dan seluruh tenaga kerja yang turut menjayakan ceramah bulanan kita. Semoga Allah memberi ganjaran dengan apa yang kita usahakan.

Amin...