Program Maulidur Rasul - Cukup Meriah

Pada 26 Februari 2011, Taman Jawi Indah (TJI) melakar sejarah dengan buat pertama kali menganjurkan Program Maulidur Rasul dengan jayanya. Bermula 25 Feb (Jumaat petang) telah mula aktiviti memasak, lepas magrib, ada kuliah magrib, kemudian aktiviti memasak dan persiapan lain diteruskan. Esoknya, ada kuliah subuh (ust.Bakri). Selepas kuliah subuh, makan pagi dengan menu bihun sup. Ramai dan meriah sungguh pada hari tu.

Kemudian, tepat jam 8.30 pagi upacara berjalan (belarak) dengan membawa banner dimulakan, dengan didahului oleh kumpulan lelaki dewasa, tadika nurul jannah, golongan wanita, kanak2 dan kumpulan kompang, pusing satu taman, cukup meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk TJI.

Selesai belarak, kumpulan marhaban dari Masjid Lama Sg.Bakap sampai dan mengadakan tahlil serta marhaban. Kemudian selesai marhaban, Ust.Wan Abdullah Sabil pun sampai. Beliau memberi ceramah lebih kurang 1 jam sehingga ke 12.35 t/h. Kemudian, semua hadiri makan tengah hari bersama-sama dengan menu nasi daging, chef diketuai oleh Pak Tam.

Tokok Maulidur rasul pada tahun ini 2 orang iaitu Pak Tam dan Nazir Surau TJI Tn.Hj.Said atau lebih mesra dengan panggilan Pak Cha'. Tahniah kepada mereka berdua.

Berikut gambar yang sempat dirakamkan sepanjang progrma ini.



































Terima kasih

Terbaru ! Qaradawi mewajibkan bunuh Gaddafi!

Perkembangan di Mesir kini telah merebak ke Libya, satu negara yang juga diperintah oleh pimimpin yang keras. Semakin ramai rakyat Libya kini yang merusuk dan tunjuk perasaan anti kerajaan terbunuh akibat tindakan zalim pemimpin yang tidak hiraukan keselamatan rakyat demi menjaga kedudukan dan jawatannya.

 "Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.


Syeikh al-Qaradawi berkata, maksudnya :
"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya .. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendir!"

Bob Lokman Bertaubat?


Adakah Bob Lokman telah benar-benar bertaubat dan sedar akan apa yang telah dilakukannya pada masa lampau? Adakah beliau telah terbuka pintu hati untuk kembali kepada jalan yang lurus? Adakah beliau telah menerima hidayah dari Allah s.w.t?
Macam-macam persoalan ditimbulkan dengan perubahan yang berlaku kepada diri pelakon dan pelawak terkenal tanah air kita iaitu Bob Lokman ini.

Kali ini kita tak mau lagi mendengar kata orang tentanr perkembanga bob ini, kerana ia mungkin benar dan mungkin tidak. Jadi kita lihat sendiri pengakuan dari Bob sendiri, jom kita saksikan.




Mudah-mudahan mendapat rakmat di sisi Allah s.w.t

Angin Kencang di Taman Jawi Indah!

Pada 19 Februari 2011, hari Sabtu, sekitar jam 4 ke 5 petang, angin kencang, hujan dan ribut petir telah melanda penduduk TJI. Banyak jugak harta, peralanatan yang musnah. Antara yang rosak adalah, khemah gerai roti canai En.Jamal kita, terbang ditiup angin. Bumbung rumah En.Johar terangkat (beberapa keping jubin) ditiup angin, dan yang paling tragis lagi pokok mata kucing yang sedang rancak berbuah telah tercabut akarnya dan terbalik. Baru pagi Sabtu tu penulis dok sebut, nak makan buah mata kucing tu, letak jala kat buah tu takut burung makan, petang dah tercabut akarnya. Orang kata tak der rejki kan, nak buat macam mana. Cermin sliding door rumah belakang EnJohar turut pecah. Memang kuat angin petang tu. Selain itu, gerai di dataran jawi juga turut musnah, bumbung terhempap menyembah bumi. Tak berniaga nasi lemak la depa. Sekitar jam 5.40 ptg, kami pergi membuat tinjauan ke rumah yang dilanda kerosakan dan terima kasih kepada Abg. Din kita yang sempat ambil gambar kerosakan yang berlaku.
Anggaran kerugian rasanya sekitar RM5000. Tak pernah angin kuat melanda TJI selama duduk kat sini, ini baru first time.

Jom kita tengok gambar yang sempat dirakam.


Gerai En.Jamal terbang ketepi dan parking betul-betul depan pagar rumahnya.



Lihat anak panah bumbung terbang dan tingkap pecah.



Lokasi sebenar gerai roti canai saudara Jamal





Pokok mata kucing saudara Johar yang tercabut akarnya dan tumbang menghempap bumi. Nasib baik tak timpa basikal tu.


















Bumbang gerai nasi lemak di Dataran Jawi jatuh ke bumi akibat ditiup angin kencang.

Semoga Allah memelihara kita dari bahaya dan bencana seperti ini, aminnnn....

Gerai En.Jamal tak der susah penulis nak minum pagi sebelum nak kayuh basikal ni, he..he..