Ceramah Ustaz Abdullah Khairi di Surau TJI


Pada 29 Januari 2011, satu ceramah telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Taman Jawi Indah. Kali ini, kami menjemput ustaz Abdullah Khairi. Ustaz Abdullah Khairi memberi ceramah beliau berbantukan LCD Projektor menggunakan skrin yang siap dipasang oleh AJK Surau pada petang hari lagi.





Beliau menyampaikan ceramah bertajuk HIJRAH. Ustaz menunjukkan permulaan hijrah bermula dari penghijrahan sperma kepada ovum, seterusnya menjadi darah dan kemudian bertukar menjadi seketul daging dan seterusnya menjadi bayi.





















Ceramah pada malam tersebut berjalan dengan lancar. Bagi anda yang tidak berkesempatan menghadiri ceramah tersebut, anda boleh download fail audio ceramah tersebut di sini...

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan ceramah ini termasuk En.Khairus yang telah menyediakan skrin putih, Hasbullah memasang lampu, Cikgu Din yang sediakan bubur kacang, Cikgu Jan sediakan roti dan Hj.Fauzi yang sediakan nasi dagang.

Jazakallah Hu Khairan Kathira.

Semoga Allah membalas sumbangan anda.

Terima kasih

Ustaz Sungai Bakap Difitnah?

Hari ni gempar dengan berita seorang ustaz yang mengubati pesakit telah mencabul kehormatan remaja perempuan 14 tahun di Sungai Bakap. Sungguh asyik kita membaca perkembangan yang menjijikkan itu.
Sebenarnya kami amat terkejut dengan berita ini kerana kami amat mengenali ustaz ini yang sering memberi kuliah kepada kami. Apakah berita ini benar sebenar-benarnya atau hanya ada sesuatu...
Dunia kini penuh dengan tipu muslihat fitnah, dengki dan lain-lain. Jadi kita sebagai umat Islam yang bijaksana harus pandai menilai setiap apa yang berlaku.


Sebaik-baiknya, kita sebagai ummah Islam yang berilmu, apabila menerima berita seperti ini perlu berfikir sejenak, adakah ia benar berlaku seperti yang didakwa atau telah difitnah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Jangan terus percaya kepada apa jua berita yang kita dengar sebelum ianya sahih benar berlaku. Ini yang tiada pada umat Islam ketika ini. Apabila dengar saja sesuatu berita terus PERCAYA BULAT-BULAT tanpa ada usul periksa. Kami kenal ustaz ini. Jadi marilah kita berfikir sejenak, adakah ia benar atau tidak, jangan terus percaya apa yang kita tidak pasti.

Berikut berita mengenai ustaz tersebut;

Lelaki bergelar ustaz yang didakwa mencabul kehormatan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ketika mangsa menjalani rawatan pemulihan ilmu sihir, Ahad lalu, mungkin sudah melakukan perbuatan sama kepada lebih ramai mangsa, namun enggan membuat aduan polis.

Ia berdasarkan kepada rekod dan siasatan polis yang mendapati suspek berusia 43 tahun itu sebelum ini turut didakwa melakukan perkara sama ketika mengubati pesakitnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, sehingga kini, belum ada laporan dibuat mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa tindakan rakus lelaki berkenaan.

“Kami percaya suspek mungkin melakukan perkara sama seperti dilakukannya terhadap mangsa terbaru yang kini masih trauma dengan kejadian itu.

“Polis masih berusaha mengumpul maklumat lanjut mengenai kes itu dan memohon kerjasama individu yang pernah menjadi mangsa suspek untuk membuat aduan polis segera,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ahad lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dicabul seorang lelaki bergelar ustaz ketika mendapatkan rawatan penyakit buatan orang yang dihidapinya di rumah lelaki berkenaan di Sungai Bakap.

Suspek ditahan pada hari sama aduan dibuat selepas dipercayai mencabul mangsa ketika melakukan proses rawatan dalam bilik air rumahnya.

Beliau berkata, lelaki yang mempunyai anak lima itu dipercayai baru sebulan melakukan khidmat penyembuhan dalam bilik air berbanding sebelum ini.

Menurutnya, suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan serta sudah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.-Metro-


Satu perkara yang menghairankan ialah, yang melakukan kesalahan ialah ustaz i tetapi yang digembar-gemburkan adalah ADUN sungai bakap supaya letak jawapan, macam ada sesuatu yang tidak logik di sini. Mengapa tidak keluar sahaja berita penuh mengenai ustaz i itu? Berfikirlah dengan waras.

Kicap Kipas Udang Asli & Tiruan

Jaga-jaga ketika membeli kicap, terutamanya penggemar kicap kipas udang. Kerana setelah pemeriksaan dibuat, banyak peruncit yang menjual kicap kipas udang yang tidak asli.

Banyak produk tiruan sekarang ni dan kalau kita tidak ada sedikit ilmu, sukar untuk mengenalpasti sama ada produk itu asli atau tiruan. Jom kita lihat perbezaan antara yang asli dan tiruan kicap ni...



Jom kita tengok perbezaan tersebut;























Terima kasih

Sumbangan Tabung Surau Taman Jawi Indah

Antara salah satu amalan yang balasannya berterusan mendapat pahala di sisi Allah walupun hamba itu telah meninggal dunia ialah BERSEDEKAH. Pahala sedekah akan terus berjalan sehingga ke hari kiamat. Besar sungguh amalan sedekah ini.
Adakah anda telah bersedekah? Keluarkan sedikit dari harta anda untuk mendapat ganjaran yang hebat ini serta mendapat keberkatan hidup di dunia.


Rasulullah S.A.W menganjurkan kita untuk bersedekah, hal ini dimaksudkan agar rezeki yang kita dapat menjadi berkat. Allah memberi jaminan kemudahan kepada orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipat ganda (700 kali) dan ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda Rasulallah SAW :

1. Allah berfirman, “Adapun orang yang memberikan hartanya (di jalan Allah) dan bertakwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.” Qs. Al Lail (92) : 5-8.

2. Allah berfirman, “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji, Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” Qs. Al Baqoroh (2) : 261.

3. RasulAllah SAW bersabda, “Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu berseru, “Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah.” Yang satu lagi berseru, “Musnahkan orang yang menahan hartanya.””

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menjauhi bala, kesulitan dan berbagai penyakit, sebagaimana sabda nabi :

• “Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah.”
• “Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah.”
• “Obatilah penyakitmu dengan sedekah.”

Sedekah anda, walaupun kecil jumlahnya, tapi sangat berharga di sisi Allah. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebagian hartanya akan rugi di dunia dan di akhirat. Dengan menginfakkan sedikit dari hartanya akan memperoleh keberkatan pada rezekinya, begitu lah sebaliknya.

Orang yang bersedekah seumpama orang yang melabur dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehinya berlipat kali ganda. Mereka tidak akan rugi ataupun jatuh miskin dengan bersedekah.

Jika, anda ingin menambah pelaburan akhirat anda, infak kan sedikit dari harta anda kepada :

Tabung Surau Al-Mustaqim,
Taman Jawi Indah,
Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang.

Nama : Surau Al-Mustaqim
No.Akaun Bank Rakyat : 22-111-100441-7


Semoga Allah memberkati harta anda dan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat nanti, amin...

Ikhlas
Bendahari
Surau Al-Mustaqim
Taman Jawi Indah
Sesi 2010-2016

Antara RM1.50 dan 80 Sen

Kalau anda diberi pilihan, harga mee antara RM1.50 dengan 80 sen sebungkus, mana satu yang anda pilih? Rasanya dah tentu anda pilih yang 80 sen, sebab lebih murah dan menjimatkan. Tahukah anda, menjimatkan sahaja tidak cukup kerana belum tentu barang yang dibeli itu adalah baik.
Jadi betulkah tindakan anda itu?


Saya rasa terpanggil untuk menulis sedikit mengenai mee yang dibuat oleh cina dan mee yang dibuat oleh orang Islam. Merujuk kepada lokasi Jawi ni sendiri, mee yang dijual di kedai Ismail (kedai sayur sebelah B.Rakyat)tu harganya adalah RM1.50 sebungkus manakala di EconSave jauh lebih murah ialaitu hanya 80 sen jer sebungkus.

Mengapa begitu jauh sangat harganya, adakah disebabkan oleh EconSave boleh ambil banyak (1 kontena) menyebabkan boleh jual murah, atau macam mana?

Ketahuilah saudara ku semua, bahawa mee yang dijual di EconSave itu adalah mee buatan orang bukan Islam (cina) dan mee yang dijual di kedai Ismail itu adalah mee buatan orang Islam.

Adakah anda sanggup makan mee buatan orang bukan islam hanya kerana harganya murah, atau macam mana. Mee buatan orang bukan islam memang nampak cantik licin, kuning berkilat, tahan lama dll. Mengapa ia nampak macam tu? Kerana ia telah diletakkan sejenis asid yang boleh jadikan mee itu tahan lebih lama. DAN asid itu boleh memberi kemudaratan kepada orang yang memakannya.

Berbeza dengan mee buatan orang islam, tidak licin sangat, tidak berapa berklat dan tidak tahan lama, tetapi ia selamat dimakan kerana tiada asid yang boleh memudaratkan kesihatan.

Jadi, lepas ni, penduduk sekitar Jawi, belilah mee buatan orang Islam, walaupun mahal sedikit tetapi ia selamat untuk dimakan, sambil membantu ekonomi ummah. Begitu juga kepada anda yang berada ditempat-tempat lain, hati-hati ketika membeli mee.

Adakah anda telah tersedar dari lena?