Sumbangan Hari Raya Surau TJI kepada Penduduk

Assalamualaikum, Alhamdulillah, Surau TJI telah berjaya mengimarahkan Ramadhan Al-Mubarak tahun 2010 dengan jayanya. Terima kasih kepada semua penduduk yang memberi sumbangan kepada kita untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yg. mudah-mudahan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Jumlah kutipan melebihi sasaran awal kita iaitu sejumlah RM3611, pihak surau juga telah bersetuju untuk memberi sumbangan kepada warga emas TJI, bilal, imam, muallaf dan mereka yg banyak membantu menjayakan aktiviti sepanjang Ramadhan Al-Mubarak.

Jom kita lihat gambar sepanjang aktiviti tersebut...




















Selamat Hari Raya Idulfitri

Assalamualaikum,

Dah sampai kita ke penghujung bulan yg sangat istimewa lagi penuh barakah. Bulan yang memberi beribu-ribu keberkatan serta bonus yang tidak mungkin melebihi dari apa yang kita pernah dapat di dunia ini.

Sebelum berakhirnya bulan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Mencapai Ramadhan yang sempurna, Malam yang lebih baik dari seribu bulan (Malam Al-Khadar).


Selamat Menyabut Hari Raya Idulfitri serta Maaf Zahir dan Batin sepanjang kami bloging, jika ada terkasar bahasa, maaf dipinta.

Bila balik kampong, berhati-hatilah di jalan raya.

Ikhlas daripada
Admin Bicara Taman Jawi Indah..